berita

Cristiano Ronaldo Positif Covid-19 Lepas Lawan Perancis

October 14th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam, viral di media sosial apabila Cristiano Ronaldo dikhabarkan positif COVID-19. Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh pasukan kebangsaan Portugal di laman web rasmi milik mereka.  Pemenang lima kali Ballon d’Or kini sedang menjalani kuarantin sendiri di rumah memandangkan tidak mengalami sebarang sakit atau bergejala.

Disahkan positif

Penyerang Juventus yang berusia 35 tahun terlepas perlawanan Liga Bangsa-bangsa UEFA Rabu menentang Sweden akibat Covid-19. Walau bagaimanapun, skuad Portugal semuanya negatif dan begitu juga dengan skuad Perancis.

Tidak ada pasukan yang dapat menjadi lebih baik tanpa pemain terbaik di dunia tetapi pasukan ini telah menunjukkan bahawa secara kolektif memiliki kemampuan untuk mengatasi situasi ini.

Walaupun kecewa pemain handal itu tidak dapat bermain, namun jurulatih Portugal, Fernando Santos yakin dengan ahli pasukannya yang lain.

Dia (Ronaldo) menguruskan situasi dengan sangat baik. Dia ada di dalam bilik dan sering memaklumkan ingin main. Dia bercakap dengan kami dari tingkat atas (dari balkoni).

Dia benar-benar tidak ada simptom, dia sihat tanpa sebarang gejala dan tidak tahu apa yang berlaku. Dia baik-baik saja dan sedang berjemur, dia akan kembali apabila bersedia

Bintang Portugal dan Juventus Cristiano Ronaldo dikatakan “sihat dan berjemur” selepas didapati positif COVID-19 yang menyaksikan dia terlepas perlawanan Liga Negara-Negara bersama Portugal minggu ini.

Ramai sedih

Sumber : The star, BH

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×