Minggu keempat program Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) pada minggu lalu menyaksikan dua peserta hebat iaitu Rezza Shah dan Alya Mardien tersingkir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] #CSOIAM: Yusry Menyesal Bagi ‘Imuniti’ Pada Rezza Shah, Ziana Kecewa Persembahan ‘Hancur’
Bakal ada kejutan?
Masih ‘fresh’ di ingatan warganet apabila persembahan terakhir kedua peserta itu menerima mendapat kritikan pedas daripada juri iaitu Datuk Yusry Abdul Halim dan Ziana Zain sehingga menjadi tular di media sosial.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang berpendapat bahawa perjalanan Alya di pentas CSOIAM berakhir dengan cara yang tidak dijangka.
Sungguhpun begitu, terdapat khabar angin mengatakan peserta kacak Rezza Shah akan kembali di minggu kelima nanti. Terdapat juga khabar angin mengatakan Rezza akan diberikan peluang ‘wildcard’ buat kali kedua.
Apakah ini sekadar khabar angin atau benar-benar terdapat satu kejutan yang bakal mencuri perhatian? Atau mungkin adanya undian rahsia daripada pihak produksi untuk membawa kembali peserta kegemaran ramai ini ke pertandingan?
Jadi, jangan lupa untuk tonton minggu kelima CSOIAM pada Ahad ini untuk kita saksikan sejauh mana kesahihan khabar angin tersebut.
Minggu kelima CSOIAM
Bertemakan ‘Evolusi AJL’, enam peserta CSOAIM yang tinggal iaitu Marygrace, Jimi, Zazleen, Eylia Guntabid, Mariam, dan Kai Deva akan menyampaikan lagu-lagu ikonik dari pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
Siapakah yang akan menonjol dengan persembahan menarik sekaligus mara ke peringkat seterusnya? Jangan saksikan program CSOIAM secara langsung di TV3 Ahad ini pada jam 9 malam.
Anda juga boleh strim secara atas talian menerusi platfrom Tonton dan jangan lepaskan peluang untuk menangi hadiah berupa kereta jenis Peugeot Landtrek yang bernilai RM123,000.