berita

CU X Super Ring Perkenalkan Kolaborasi Cheezy Corn Unik! Gabungan Snek Popular Dari Korea & Malaysia

October 26th, 2023 | by Alia
Kini Trending

cheesy corn

Alami selera makan yang unik dengan gabungan snek kegemaran rakyat Malaysia iaitu Super Ring bersama kedai serba lengkap terunggul dari Korea, CU Mart yang kini memperkenalkan menu makanan terbaharu iaitu “CU X Super Ring Cheezy Corn”.

Innovasi baharu & menarik!

cheesy corn

Langkah berani dan inovatif yang telah diusahakan oleh CU Mart dan Super Ring dilihat sebagai satu penciptaan yang memukau selain dijangka bakal menjadi gabungan snek yang paling unggul di negara ini.

Ia adalah salah satu bukti komitmen CU dalam menyediakan produk berkualiti tertinggi sambil memberikan pengalaman yang unik dan dipilih khas buat pelanggan yang dikasihi.

Walaupun, kerjasama ini dilihat mencabar kerana menggabungkan dua ikon dari dua negara berbeza menjadi satu snek, namun inovasi tersebut dilihat berhasil.

Sementara itu, siri sosej jagung (corn sausage)  CU telah menjalani peningkatan yang signifikan dalam kualiti pembuatannya. Kini pelanggan boleh mendapatkan saiz yang lebih besar dan lebih sedap. 

Edisi terhad

cheesy corn

Sebagai bonus tambahan, CU menawarkan Super Ring edisi terhad seberat 14 gram secara percuma dengan setiap pembelian CU x Super Ring Cheezy Corn.

Super Ring Cheezy Corn ini akan mengubah cara pengambilan snek yang menawarkan kenikmatan rasa yang benar-benar serasi dengan cita rasa Malaysia. 

Jangan lupa untuk dapatkan snek istimewa ini bermula 27 Oktober ini sehingga 23 Disember 2023. Kunjungilah ke mana-mana outlet CU terdekat anda untuk merasai kelazatan gabungan rasa hari ini! Anda juga boleh layari CU Mart untuk maklumat lanjut.

SKIP THIS AD ×