Pelakon Bella Astillah enggan memberi sebarang komen mengenai kemunculan suaminya, Aliff Aziz menerusi satu sesi podcast, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ini Ke Tanda-Tanda Orang Yang Mahu Bercerai? Korang Nilai Sendiri’ – Didi Astillah
Tak nak bagi kenyataan
Menurut Bella, dia enggan memberi sebarang komen dan tidak mahu ditemu bual oleh pihak media susulan apa-apa isu yang membabitkan rumah tangganya.
Maaf, saya tak nak komen (sambil bergegas keluar dari Majlis Bougas Raya Premiere’ di Petaling Jaya, sebentar tadi).
Cuba interview Ruhainies pula.
Disoal sama ada sudah bersedia mengenai kes mahkamah yang akan datang ataupun tidak, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menjawab ‘InsyaAllah mental dan fizikal dah sedia’.
Terdahulu, tular satu potongan video memaparkan Aliff yang gagal menahan sebak sewaktu berkongsi mengenai masalah rumah tangganya bersama The Common Folks SG.
Sekadar info, krisis rumah tangga Aliff dan Bella mula tercetus dan menjadi perbualan ramai apabila penyanyi berusia 33 tahun tiu ditangkap khalwat bersama pelakon jelita, Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.
Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.
Tidak lama selepas itu, muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.
Keadaan menjadi bertambah teruk apabila Sarah dilihat menyebarkan segala perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies sehingga melibatkan nama artis lain seperti Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.
Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4