berita

Cuba Losyen Dengan Super Vitamin Yang Tengah Trending Ni Untuk Kulit Cerah & Berseri

September 10th, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Masalah kulit badan kering boleh jadi kerana beberapa sebab. Antaranya adalah cuaca yang terlalu panas dan berada dalam kawasan yang berhawa dingin terlalu lama.

Haa.. Macam mana nak buat kan? Terdedah dengan panas tak boleh, nak duduk dalam tempat ada aircond pun jadi masalah juga. Senang je, sebenarnya korang hanya perlu biasakan penggunaan losyen badan!

Kami fahan ramai diantara kita susah nak konsisten dalam mengamalkan rutin penjagaan kulit badan terutama sekali pemakaian losyen sebab kulit akan jadi melekit sampaikan tak selesa rasanya.

Tapi trick dia mudah je guys, korang hanya perlu pilih losyen yang light-weight dan tak meninggalkan kesan melekit macam Vaseline Super Vitamin Serum ni!

Kulit lebih lembap, cerah dan berseri!

Kredit foto: Instagram @ameliath

Istimewanya Vaseline Super Vitamin Serum, ia diformulasi dengan 100% ekstrak vitamin semula jadi yang mudah diserap dan tak meninggalkan sebarang rasa tidak selesa pada kulit.

Ia juga mengandungi Niacinamide (Vitamin B3) yang membantu untuk mencerahkan dan menjadikan tona kulit lebih sekata!

Kredit foto: Instagram @mawarashid

Bukan tu je, Vaseline Super Vitamin Serum turut diperkaya dengan 3 kali ganda kebolehan bagi memperbaiki kulit untuk kulit cerah dan berseri!

Amacam geng? Teruja tak? Satu losyen je boleh berikan keperluan yang secukupnya untuk kulit korang. Paling penting, kelembapan kulit memang terjamin lagi-lagi dengan adanya titisan mikro Vaseline Jelly dalam Vaseline Super Vitamin Serum ni.

Vaseline Super Vitamin Serum didatangkan dengan 3 pilihan termasuk Green Tea, Cranberry dan Citrus. Memudahkan korang untuk pilih losyen dengan bahan yang bersesuaian mengikut keperluan korang.

Green Tea
– Kulit cerah dan tampak lebih muda
– Niacinamide (vitamin B3), vitamin E dan antioksidan
– 100% pati teh hijau semulajadi
– Tak melekit dan mudah menyerap

Cranberry
– Kulit cerah dan berseri
–  Niacinamide (vitamin B3), vitamin C dan vitamin A
– 100% pati kranberi semulajadi
– Tak melekit dan mudah menyerap

Citrus
– Kulit berseri dan bebas cela
– Niacinamide (vitamin B3) dan vitamin C
– 100% pati sitrus semulajadi
– Tak melekit dan mudah menyerap

Psst.. Sekarang tengah ada promosi dekat Watsons!

Dengan setiap pembelian produk Vaseline berjumlah RM25 dalam satu resit di mana-mana rangkaian Watsons, korang akan dapat satu fruit pillow secara percuma!

Kalau terlalu sibuk atau bimbang nak keluar rumah, jangan risau.. Watsons online kan ada! Korang boleh buat pesanan secara atas talian je! Lebih mudah dan selamat!

Promosi ni terhad sehingga 21 September 2021 je tau! Jadi jangan bertangguh lagi jom ke Watsons berhampiran korang atau buat pembelian melalui Watsons online sekarang juga!

SKIP THIS AD ×