berita

Cuba Paddle Pop Twister Mermaid Terbaru dan Menangi Hadiah Istimewa Sehingga RM19,000!

April 23rd, 2021 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Kredit foto: walls.jimbaran

Berita baik untuk semua pencinta ais krim sekalian! Wall’s memperkenalkan ais krim Paddle Pop kegemaran ramai dengan perisa terbaru Twister Mermaid!

Paddle Pop Twister Mermaid diperbuat daripada pelbagai jenis perisa buah-buahan termasuk blueberry dan disempurnai dengan rasa yogurt yang menyegarkan!

                                                                                                 

Memandangkan cuaca dekat Malaysia ni berbahang dan panas memang elok sangatlah kalau korang jadikan Paddle Pop Twister mermaid sebagai snek.

Ia boleh dinikmati bersama teman-teman mahupun keluarga tersayang. Anak-anak mesti lagi suka punyalah bila dapat ais krim ni sebab Paddle Pop Twister Mermaid diinspirasikan oleh duyung di lautan.

kredit foto: @hypemy

Rasa sedap, rupa pun cantik, memang dijamin anak-anak korang melompat seronok kalau korang belikan Paddle Pop Twister mermaid! Ohh Paddle Pop juga tampil dengan filter #MeriahWithMermaid di Instagram, bolehlah si kecil bergambar sakan dengan ais krim menggunakan filter ni nanti!

Nikmati Paddle Pop Twister Mermaid dan menangi Personalized Mermaid Tumbler bernilai RM99

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah istimewa daripada Wall’s dengan setiap pembelian Paddle Pop Twister Mermaid!

Ada 100 buah Personalized Mermaid Tumbler yang bernilai RM99 setiap satu untuk 100 pemenang dan juga Terrarium DIY kit bertemakan duyung bernilai RM60 untuk 150 orang pemenang bertuah! Kedua-dua hadiah istimewa ini adalah hasil kerjasama bersama usahawan lokal @jf_theperfectgift dan @ZenGardenStory

Cara penyertaan:

  1. Beli sekurang-kurangnya (1) Paddle Pop Twister Mermaid
  2. Lawati @paddlepopmy di Instagram
  3. Rakam video korang bersama ais krim Paddle Pop Twister Mermaid dengan filter tersebut
  4. Post di Instagram story dan tag @paddlepopmy bersama hashtag #MeriahWithMermaid #MyPaddlePop (pastikan akaun Instagram korang dalam mode umum okay!

Para pemenang bakal dipilih berdasarkan kreativiti memakai filter #MeriahwithMermaid. Tertakluk kepada terma dan syarat peraduan.

Jadi, tunggu apa lagi guys, jom serlahkan kreativiti korang sepuasnya! Mana tahu korang bakal jadi salah satu daripada permenang bertuah yang dipilih Walls! But first thing first, jom pergi beli Paddle Pop Twister Mermaid dulu!

Paddle Pop Twister Mermaid boleh didapati di mana-mana kedai serbaneka tempatan, petrol-mart dan kedai runcit. Anda juga boleh dapatkannya secara talian di Lazada dan Shopee.

Untuk sebarang info lanjut mengenai Paddle Pop Twister Mermaid atau peraduan #MeriahWithMermaid korang boleh lawati laman Instagram rasmi Paddle Pop di SINI atau ke laman web rasmi Walls di SINI.

SKIP THIS AD ×