berita

‘Cuba Pujuk Tapi..’ – Remaja Lelaki Kelar Leher Sendiri Lepas Kecewa Putus Cinta

December 11th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas cubaan membunuh diri. Difahamkan, insiden cemas itu berlaku gara-gara remaja berkenaan baru putus cinta.

Kelar leher sebab putus cinta

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di rumah teman wanitanya yang terletak di Selayang. Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, hal ini berlaku adalah disebabkan salah faham yang terjadi antara remaja lelaki ini dengan teman wanitanya.

Malah, lelaki ini yang tidak menerima hakikat bahawa teman wanitanya itu ingin memutuskan hubungan telah bertindak mengelar lehernya sendiri.

Dia cuba memujuk kekasihnya itu tetapi tidak diendahkan lalu pergi ke dapur mengambil sebilah pisau dan mengelar lehernya sendiri sehingga pengsan.

Susulan daripada itu, wanita berkenaan telah menghubungi pihak hospital dan remaja terbabit yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri masih menerima rawatan. Sementara itu, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×