berita

Cuba Selamatkan, Tapi Tergilis Anak Sendiri…

August 31st, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Malam semalam, menerusi laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas digilis kenderaan yang dipandu bapanya sendiri. Kejadian yang berlaku di hadapan sebuah restoran di Wakaf Che Yeh itu menyaksikan kanak-kanak itu terjatuh dari kereta sebelum maut ditempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, mangsa, Muhammad Rayyan Rizqi Mohd. Fakhrul Zaman bersama ibu dan bapanya baru selesai makan di restoran berkenaan

Tertekan pedal minyak

Ibu mangsa yang berada di luar kemudian membuka pintu sebelum mangsa terjatuh ke luar kereta. Bapanya yang terkejut sebelum cuba menyelamatkan anaknya itu tertekan pedal minyak dan menggilis mangsa.

Pada masa sama, kereta mangsa bergesel dengan kereta Proton Pesona yang diparkir di sebelah kiri namun pemandunya tidak cedera.

Mangsa dan bapanya berusia 38 tahun masuk ke dalam kereta Proton Iris sebelum dia diletakkan di tempat duduk penumpang depan . Mangsa dilihat menyandar di pintu hadapan sebelah kiri. Menurutnya, bedah siasat akan dilakukan pagi ini.

Ramai sebak

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×