berita

Cucu Jaring Gol Di Sukan SEA, Reaksi Tok Wan Beri ‘Pelukan Angin’ Cuit Hati Netizen

May 9th, 2022 | by khairil
Video Popular

Foto: iskandarazhaar23

Rakaman video seorang lelaki warga emas menunjukkan reaksi gembira cucunya menjaringkan gol kemenangan buat skuad bola sepak kebangsaan di sukan SEA baru-baru ini tular di media sosial.

Pelukan angin Tok Wan

Foto: iskandarazhaar23

Perlawanan pembukaan di antara Malaysia menentang Thailand tempoh hari berakhir dengan kemenangan 2-1 skuad negara yang menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan. Gol yang dijaringkan oleh pemain Malaysia, Nur Azfar Fikri memberi tiga mata penting buat skuad negara untuk kekal bersaing merebut pingat emas Sukan SEA.

Namun begitu, di aplikasi TikTok satu rakaman video memperlihatkan kegembiraan Azfar Fikri yang menjaringkan gol tersebut sempat dirakam oleh ahli keluarga di rumah. Apa yang menarik perhatian ialah gelagat warga emas yang dipercayai datuk kepada Azfar Fikri yang turut sama meraikan kejayaan tersebut.

Video dengan kapsyen “Semangat Tokwan bila cucu dapat score” tersebut mencuit hati warganet apabila melihat gelagat Tok Wan yang memberikan ‘pelukan angin’ terhadap Azfar Fikri selepas menjaringkan gol.

Video penuh

@iskandarazhaar23 Semangat tokwan bila cucu dia dapat score ????? #harimaumalaya #seagames31 @AF6 ? ? original sound – asyraf

Kebanggaan Tok Wan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa gembira dan bangga terhadap Tok Wan dan cucunya itu. Ada juga yang memberi pendapat bahawa reaksi Tok Wan itu sangat comel.

Sumber: iskandarazhaar23

SKIP THIS AD ×