Rentetan isu perkahwinan antara usahawan kosmetik Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadi iaitu Iqbal Zulkefli nampaknya tidak akan pernah habis.
Setiap minggu ada sahaja cerita yang melibatkan mereka sehinggakan rata-rata wargamaya meluahkan rasa muak dan bosan.
Artikel Berkaitan: Vida Mengaku Pernah Baling Selipar Dekat Iqbal, Netizen Dah Muak Dengan Drama – ‘Sudah La Move On Ja Okay”
Artikel Berkaitan: Iqbal Terkejut Vida ‘Terjah’ Rumah Pukul 3 Pagi, Siap Bagi Cincin! – ‘Saya Keluar Tak Pakai Baju, Seluar. Nasib Baik Gelap’
Artikel Berkaitan: Terjah Rumah Pukul 3 Pagi, Vida Nak Selamatkan Iqbal Kena Sihir – ‘Dia Sakit, Perlu Ruqyah Atau Jumpa Ustaz’
Mereka tak letak nasi dalam pinggan
Penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Saleh menggesa agar orang ramai berhenti mengambil tahu hal peribadi Vida dan Iqbal.
Tegas Izwan, individu yang melayan cerita ‘sampah’ itu tidak mendapat keuntungan sama seperti Vida dan Iqbal tetapi hanya merosakkan fikiran masing-masing.
Kepada yang mudah terhibur dengan cerita ‘sampah’ dua manusia itu, ketahuilah mereka kahwin atau tidak, dia buat lagu dengan Caprice atau Floor 88, mereka tidak letak nasi dalam pinggan kita.
Mereka juga tidak bayar hutang bank kita. Dia untung dapat trafik (liputan), kita dapat apa? Otak makin layu.
Sekarang dah tahun 2021
Dalam pada itu, Izwan memohon kepada segelintir media tempatan agar berhenti memberi liputan kepada kisah yang seakan tidak ada kesudahan. Tegasnya, pemikiran anak muda perlu diutamakan dan dijaga demi masa depan.
Saya minta sangat kepada media-media tertentu supaya hentikan drama Iqbal dan Vida ini. Drama begitu zaman kita menonton Opah atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu dulu bolehlah. Ini dah tahun 2021. Takkan mentaliti kita tahap itu saja?
Saya tahu ada faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada ini supaya cerita begini dijual dan dijaja. Duit mereka lebih penting atau bentuk pemikiran anak bangsa kita pada masa depan yang lebih penting?
Sumber: Twitter @IzwanAzirSaleh