berita

Iqbal Terkejut Vida ‘Terjah’ Rumah Pukul 3 Pagi, Siap Bagi Cincin! – ‘Saya Keluar Tak Pakai Baju, Seluar. Nasib Baik Gelap’

October 16th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, usahawan iaitu Iqbal Zulkefli mengakui sudah tawar hati untuk memperisterikan jutawan terkenal, Datuk Seri Vida. Malah Iqbal juga mendakwa sudah pun membatalkan rancangan perkahwinan tersebut.

Artikel Berkaitan: Iqbal Bengang Vida Tak Habis Cakap Pasal Kahwin, Dedah Dah 2 Minggu Tak ‘Contact’ – ‘Saya Batalkan Segala Tempahan Dewan Hotel’

Artikel Berkaitan: Vida Menangis Minta Maaf & Cerita Situasi Sebenar, Iqbal Akui Sudah Tawar Hati – ‘Terima Kasih Atas Penghinaan’

Vida ‘terjah’ rumah Iqbal

Terbaru, Iqbal Zulkefli menerusi beberapa perkongsian di IG Story mengakui terkejut Datuk Seri Vida secara tiba-tiba ‘menerjah’ dan mengetuk pintu rumahnya sekitar jam 3 pagi. Iqbal juga memaklumkan dia tidak tahu bagaimana usahawan terkenal itu bersama anak lelakinya, Kacak boleh sampai ke rumah sedangkan dia sudah pun merahsiakan alamat kediamannya daripada pengetahuan sesiapa.

3 pagi, terkejut. Mana dapat alamat ni. Aduh, tak faham betullah. Tanpa bagitahu pun mahu datang. Terkejut saya keluar tak pakai baju tak pakai seluar. Tadi nasib baik gelap.

Dalam video berkenaan, kelihatan Vida sedang memegang sebentuk cincin permata berwarna biru sambil memakainya di hadapan Iqbal. Bukan itu sahaja, kedengaran Vida memberitahu Iqbal ‘Nak cakap apa, I nak datang meminang?’.

‘Saya sebenarnya penat begini’

Sementara itu, Iqbal memaklumkan kali terakhir dia berhubung dengan Vida adalah pada bulan September yang lalu. Jelas Iqbal lagi, dia akan memulangkan semula cincin tersebut kepada Vida.

Kedatangan Datuk Seri Vida di rumah saya jam 3 pagi tadi tanpa pengetahuan saya. Kali terakhir saya berhubung dengan beliau pada bulan September. Saya keluar tanpa pakaian penuh kerana fikir adik saya yang ketuk pintu rumah.

Alamat rumah saya pun entah dari mana beliau jumpa. Saya layan sahaja dengan em0si yang tidaklah seberapa baik. Beliau tinggalkan sebentuk cincin, pasti saya tidak akan sesekali pakai. Semestinya saya akan pulangkan kembali. Saya sebenarnya penat begini.

Dalam posting lain, Iqbal turut menghubungi pengawal keselamatan mempertikaikan mengapa kenderaan milik Datuk Seri Vida dibenarkan memasuki kawasan rumahnya pada lewat malam.

Hanya pemegang kad sahaja yang boleh masuk. Biasanya security guard akan hubungi terlebih dahulu jika orang datang.

Video

Sumber: Iqbal Zulkefli

SKIP THIS AD ×