Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah terpaksa melupakan hasrat untuk menambah zuriat buat sementara waktu kerana kasihan dan terharu melihat pengorbanan isteri tercinta mengendalikan empat anak yang masih kecil.
Artikel Berkaitan: Bakal Kongsi Pentas Dengan Penyanyi Legenda & Anak-Anak, Jamal Abdillah Beri ‘Hint’ Ini Konsert Terakhir?
Tidak menang tangan
Menurut Jamal, dia bersimpati isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin tidak menang tangan menguruskan anak-anak yang sedang membesar.
Buat masa ini biar dululah. Bukan apa, saya tak sanggup tengok isteri saya jaga seharian dengan ada pembantu pun tak cukup juga. Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil. Tak menang tangan dan kasihan saya melihat orang rumah saya.
Jadi saya rasa memang cukuplah, buat masa ini. Saya tak sanggup tengok orang rumah saya.
Tambah Jamal, dia bersyukur kerana sudah memiliki empat cahaya mata. Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Gadis Melayu’ ini memberitahu isterinya dinasihati doktor agar tidak hamil kerana setiap kelahiran dijalankan secara pembedahan.
Sekadar info, Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.
Sumber: Harian Metro