berita

‘Cuma Nak Takutkan Kucing Tu Je’ – Pihak Masjid Respon Video Viral Didakwa Hempas Kucing

October 23rd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Facebook tular satu video yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang bertindak seolah-olah ingin menghempas kucing dalam kawasan masjid. Menerusi posting itu juga, menyatakan lelaki itu bertindak berkenaan kerana marah dengan kucing tersebut yang enggan makan makanan yang diberi.

Namun, perkara tersebut dinafikan oleh pihak Pengurusan Majlis Taman Sri Muda, Shah Alam.

Bukan dihempas

Menerusi laporan Harian Metro, pihak pengurusan masjid menafikan mengenai satu video insiden seorang lelaki bertindak menghempas kucing yang dimuat naik di Facebook.

Apa yang berlaku hanya salah faham susulan cubaan seorang pengawal keselamatan masjid yang cuba menakut-nakutkan kucing berkenaan. Jika melihat rakaman video, nampak seolah-olah kucing itu dihempas, sebaliknya tidak. Kucing itu tidak diapa-apakan, ia sihat dan tidak alami kecederaan.

Menurut nazir masjid itu, Harani Md Saad, dia sendiri sudah berjumpa dengan pengawal warga Bangladesh yang menafikan tindakannya yang menyeksa kucing tersebut. Menerusi video itu memang jelas ia dirakam di sebuah masjid, namun perakam video tersebut salah faham, akan tindakan lelaki itu. Dia ketika itu hanya ingin menakut-nakutkan haiwan itu ketika diberi makanan.

Harani turut memberi peringatan kepada pengawal keselamatan itu supaya tidak lagi berbuat demikian, bagi mengelakkan timbulnya sebarang spekulasi yang boleh mengundang kecaman.

Tampil segera!

Menerusi status Facebook Persatuan Haiwan Malaysia menjelaskan perkara yang sebenar, apa yang telah terjadi kepada haiwan tersebut. Persatuan itu juga meminta perakam video tersebut untuk tampil dengan segera bagi tindakan yang selanjutnya.

Sebelum ini, video yang berdurasi 24 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang bertindak mengusap seekor kucing sebelum bertindak ingin menghempaskannya ke lantai. Rakaman tersebut juga jelas kedengaran jeritan wanita dipercayai cuba menghentikan tindakan lelaki itu.

Sumber: Harian Metro & Persatuan Haiwan Malaysia

SKIP THIS AD ×