berita

Curi Kereta & Wang Tunai Warga Emas, Artis Program Realiti TV Dihadapkan Ke Mahkamah

January 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita yang merupakan bekas peserta program realiti hiburan televisyen, Jamaliah Saadun telah ditahan oleh pihak polis dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didakwa atas pertuduhan merompak.

Rompakan mencecah RM24, 680

Menerusi laporan Harian Metro, suspek iaitu Jamaliah Saadun didakwa telah melakukan jenayah merompak secara berkumpulan bersama dua lagi orang rakannya yang dikenali dengan nama Mohd Idris Yasmir dan Muhammad Dhirar Raihan yang masing-masing berusia 34 dah 33 tahun. Ketiga-tiga suspek telah dihadapkan ke mahkamah selepas mereka tertuduh dengan merompak rantai emas, wang tunai dan sebuah kereta milik M Kesavan. Kejadian rompakan berkumpulan itu dilakukan mereka pada Disember lalu di Taman Teluk Emas.

Menurut sumber juga, jumlah keseluruhan rompakan terhadap warga emas yang berusia 60 tahun itu dianggarkan hampir mencecah RM24,680. Susulan daripada kes tersebut, ketiga-tiga suspek kemudian didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mengaku tidak bersalah

Ketiga-tiga mereka walau bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurucakap di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Tarikh sebutan semula kes telah ditetapkan oleh Hakim Elesabet pada 10 Februari 2020.

Sementara itu, Jamaliah bersama seorang lagi tertuduh, Madura Mahat didakwa telah melakukan kesalahan merompak seorang warga emas dengan mencuri telefon bimbit serta telah mencederakan mangsa dengan menyeretnya menggunakan kereta. Namun Jamaliah dan Madura walau bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan mereka dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Peguam Norma Ismail kemuadian menetapkan 6 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×