Perkara normal bagi sesebuah keluarga untuk memiliki pembantu rumah warga asing di Malaysia ini, terutamanya daripada Indonesia. Sesetengah orang tak treat pembantu rumah macam orang gaji pun, tapi macam ahli keluarga sendiri lagi-lagi kalau pembantu rumah tu dah lama kerja dan menetap di rumah mereka.
Menerusi Facebook Nicole Lew, wanita tersebut mengamuk gara-gara pembantu rumahnya mencuri kesemua ‘ang pou’ anaknya. Majikan mana yang tak mengamuk kan.
Jangan pandai cucuk, tak payah
https://www.facebook.com/nicole.dadagui/videos/pcb.2553221091358007/2553217214691728/?type=3&theater
Menerusi World Of Buzz, pembantu rumah itu baru sahaja menamatkan perkhidmatannya di negara ini dan sudah bersiap sedia untuk pulang ke negara asalnya. Walau bagaimanapun, sejurus sebelum wanita tersebut memberinya tiket perjalanan ke lapangan terbang, dia melihat pembantu itu berkelakuan aneh kerana membawa dua kotak minuman bersama. Bermula dari detik itu, pembantu tersebut kantoi bahawa dia telah mencuri ‘ang pou’ anak majikannya.
Ini tak cukup banyak ka?
https://www.facebook.com/nicole.dadagui/videos/pcb.2553221091358007/2553217808025002/?type=3&theater
Pembantu rumah tersebut didapati telah mengosongkan minuman berkenaan dan memasukkan wang dari bahagian bawah untuk mengelakkan pengesanan. Wang kertas terdiri daripada Dolar, Singapura dan Yuan, China, itu disyaki dicuri selepas sambutan Tahun Baru Cina.
Difahamkan, Nicole dan suaminya telah memberikan anak mereka satu ‘ang pau’ yang mengandungi Dolar Singapura bernilai RM6,000. Malangnya, ‘ang pau’ tersebut digantikan oleh RM10.
Bawa balai polis
https://www.facebook.com/nicole.dadagui/videos/pcb.2553221091358007/2553217228025060/?type=3&theater
Katanya lagi, video yang dirakam adalah bertujuan sebagai bukti dan meningkatkan kesedaran buat majikan yang mempunyai pembantu rumah.
Sumber: Nicole Lew & World Of Buzz