berita

Cutenya Koleksi Watsons x Pusheen Ni! Boleh Hadiahkan Yang Tersayang Sempena Krismas Nanti!

November 27th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

 

Dah nak masuk Disember ni dan tak lama lagi dah nak Krismas, maksudnya apa? Maksudnya, korang dah kena fikir apa nak hadiahkan kepada yang tersayang. Berita baik untuk korang, sekarang, Watsons menawarkan promosi Buy 2 Save More untuk lebih daripada 500 produk!

Bukan itu saja, kali ini , Watsons berkolaborasi dengan Pusheen dan korang boleh dapatkan keseluruhan koleksi ini dengan potongan harga 50% dengan sebarang pembelian dari jenama yang mengambil bahagian. Haa..inilah masanya untuk korang beli koleksi ni pada harga yang jimat dan hadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan! Yeay!

Nak tahu antara koleksi comel Watsons X Pusheen ni? Jom kami kongsikan!

1. Pusheen Mug Bowl 900ml

Image from @watsonsmy (Instagram)

Datang dalam dua warna pilihan iaitu merah jambu dan biru, mangkuk mug keluli yang boleh digunakan semula ni memang sesuai kalau korang nak bekalkan makanan untuk anak-anak atau nak bawa bekal ke pejabat.

2. Pusheen Mini Cooker 1L

Pusheen Mini Cooker ni memang multifunctional. Korang boleh masak bubur, steamboat ataupun macam-macam masakan yang ringkas. Sangat sesuai untuk student yang duduk asrama ataupun untuk dibawa ke pejabat.

3. Pusheen Foldable Overnighter Bag with Pouch

Image from @watsonsmy (Instagram)

Pusheen Overnighter Bag ni adalah beg yang boleh dilipat, tahan air, dan mudah dibawa ke mana-mana. Ia juga terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan biru.

4. Pusheen Utensils with Pouch

Image from @watsonsmy (Instagram)

Terdapat 5 perkakas makanan dalam Pusheen Utensils ni iaitu sudu, garpu, penyepit makanan, straw dan berus pencuci straw. Memang mesra alam!

5. Pusheen Card Holder

Image from @watsonsmy (Instagram)

Pusheen Card Holder dengan multi poket ni sangat berguna untuk menyimpan wang dan kad. Ia juga datang dalam dua warna pilihan iaitu merah jambu dan beige.

6. Pusheen Water Tumbler 800ml

Image from @watsonsmy (Instagram)

Bila ada botol air yang comel macam Pusheen Water Tumbler ni, mesti korang akan lebih rajin nak minum air. Hehe..Ia juga terdapat dalam dua warna pilihan iaitu merah jambu dan biru.

7. Pusheen Placemat

Image from @watsonsmy (Instagram)

Pusheen Placemat ni sesuai digunakan untuk meletakkan makanan dan minuman kegemaran korang. Takdelah tinggalkan kesan di meja makan korang nanti!

8. Pusheen Foldable Handphone Stand

Kalau nak tengok movie atau online, guna je Pusheen Foldable Handphone Stand ni. Takdelah lenguh tangan pegang phone tu lama-lama.

Memang cute betul kesemua koleksi Watson X Pusheen ni. Admin dah tak sabar nak miliki semua koleksi ni. Sangat berbaloi! Kat mana nak dapatkan kesemua koleksi ni? Haa..klik je di sini.

Bukan itu je, Watsons juga telah melancarkan kalendar 2021 mereka dan kad ahli Pusheen Watsons edisi terhad!

Bermula 1 Disember 2020 ini, korang semua berpeluang untuk dapatkan kad ahli Pusheen Watsons edisi terhad dengan hanya RM25 sahaja! Ia juga turut disertakan dengan poskad Pusheen.

Oh ya, dengan setiap pembelian mana-mana jenama yang mengambil bahagian, korang juga boleh dapatkan kalendar Watsons X Pusheen berserta pelekat Pusheen dengan hanya RM5. Yess!

Nanti dulu, ada lagi..korang juga layak untuk dapat beg kertas Pusheen PERCUMA apabila korang berbelanja RM80 ke atas untuk sebarang jenama yang mengambil bahagian.

Jom dapatkan Watsons 2021 Planner Book!

Dah nak masuk tahun baru, mestilah korang dah plan macam-macam kan? Jadi, jangan lupa dapatkan planner ekslusif ni. Datang dalam dua warna pilihan iaitu sakura pink dan midnight black, korang hanya perlu kumpul dua stamps untuk menebus planner ini dengan harga RM18 sahaja!

Buat korang yang belum menjadi ahli Watsons tu, masih belum terlambat, hanya kunjungi mana-mana Watsons berhampiran korang di seluruh negara ataupun layari laman web mereka untuk mendaftar hari ini juga!

Yang lagi best, Watsons tawarkan hadiah lumayan bernilai sehingga RM350,000!

Image from Watsons

Bermula sekarang hingga 28 Disember 2020 ni, Watsons Wave & Win nak bagi peluang untuk korang menangi pelbagai hadiah hebat apabila korang berbelanja menggunakan kad debit korang tau! Wow, biar betul? Nak tahu macam mana nak menang? Mudah je..

Korang hanya perlu:

  • Membelanjakan minimum RM80 dengan kad debit korang dari mana-mana bank dalam satu transaksi
  • Gunakan kad debit semasa membuat pembayaran
  • Simpan resit dan klik di sini untuk menghantar penyertaan korang

Hadiah-hadiah yang ditawarkan pun memang awesome! Antara hadiah yang korang boleh menangi adalah:

  • Hadiah utama – 1 x Nissan Almera
  • Hadiah Pertama – 5 x Samsung Galaxy Z Flip
  • Hadiah Kedua – 10 x Samsung Galaxy S20 Ultra
  • Hadiah Ketiga – 10 x Samsung Galaxy Tab S7
  • Hadiah Keempat – 50 x mata Watsons bernilai RM500
  • Hadiah Kelima – 100 x mata Watsons bernilai RM250
  • Hadiah Saguhati – 1000 x mata Watsons bernilai RM100

Jadi, apa tunggu lagi, jom sertai Wave & Win sekarang dan siapa tahu mungkin korang antara yang bertuah untuk bawa pulang hadiah utama!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Watsons. 

SKIP THIS AD ×