Kematian tiga pengunjung konsert Pinkfish Countdown 2024 disahkan berpunca daripada pengambilan dadah jenis perangsang.
Sementara itu, kematian bagi seorang lagi mangsa masih dalam siasatan.
Artikel Berkaitan: Suspek Temb*k Di Pusat Beli-Belah Mat* Ditemb*k Di Bilik Hotel
53 orang saksi beri keterangan
Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara tersebut.
Punca kematian bagi tiga mangsa adalah ‘stimulant drugs intoxication’.
Manakala laporan melibatkan seorang lagi mangsa masih belum diperoleh dan ia dalam tindakan hospital.
Tambah Hussein, pihaknya juga telah merakam kenyataan daripada 53 orang saksi berhubung kejadian dan kes masih diteruskan dan akan dirujuk ke koroner setelah siasatan lengkap.
Terdahulu, pihak polis mengesahkan kematian empat pengunjung pada konsert yang berlaku ketika ambang tahun baharu yang bertempat di Bandar Sunway, awal Januari lalu.
Pengesahan itu dibuat selepas pihak polis menerima empat laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian dua lelaki dan dua wanita.
Sumber: Sinar Harian