Pelakon dan penyanyi kacak Aliff Aziz sebelum ini, telah pulang ke Singapura susulan pelbagai kontroversi yang melanda dirinya. Tidak berakhir di situ, dia sebelum ini telah dihadapkan ke mahkamah dan telah mengaku bersalah bagi pertuduhan mencuri dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Susulan daripada itu, dia telah dikenakan denda penjara selama dua minggu dan denda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura.
Artikel Berkaitan: ‘Manusia Sentiasa Buat Silap & Saya Tahu Bella Seorang Pemaaf’ – Netizen
Terbaru menerusi Instastory Aliff Aziz seolah-olah memberi hint bakal kembali ke Malaysia bagi memulakan hidup baharu bersama keluarga kecilnya.
Daddy cant wait to see you!
Menerusi Instastory tersebut, Aliff Aziz sedang memegang pasportnya bersama sekeping tiket kapal terbang bersama kapsyen bismillah mendoakan supaya dia selamat sampai ke Malaysia. Tidak berakhir di situ, dia juga menceritakan sudah dua tahun tidak menaiki kapal terbang kerana hanya berada di Singapura sebelum ini.
Dia juga sempat tagged isteri tercintanya bersama dua anak mereka menceritakan dia sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan mereka. Pasangan ini telah berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan cahaya mata Mohamad Ayden Adrea dan Ara Adreanna.
Dihantar keluarga
Ibunya juga sempat memuat naik satu video sebak, berserta kapsyen yang memberikan nasihat buat anaknya. Menerusi kapsyen tersebut, ibunya menceritakan itu detik buat mereka sekeluarga untuk mengucapkan selamat tinggal buat anaknya setelah hampir dua tahun menetap di Singapura bersama ahli keluarga yang lain. Jelas ibunya lagi, tarikh 12 December merupakan tarikh yang bermakna buat Aliff Aziz kerana kembali bersatu bersama isteri dan dua anaknya.
Di penghujung kapsyen tersebut, ibunya menasihati supaya anaknya menjaga keluarganya dengan sebaik mungkin dan berubah menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.
Sumber: Iamaliffaziz