Pelakon dan usahawan, Fazura memberitahu dia nekad meneruskan perceraian dengan suami, Fattah Amin demi maruahnya sebagai seorang wanita.
Artikel Berkaitan: Fazura Nekad Bercerai Dengan Fattah Amin – ‘Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Terus Kunci Mulut, Enggan Ulas Dakwaan Fattah Amin Curang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Fattah Akan Menyatakan Pendirian Untuk Perceraian Secara Baik Pada 7 Oktober’ – Peguam
Foto terakhir
Terbaru, Fattah memuat naik foto Fazura dan anak mereka Nur Fatima Aisya di Instagram. Foto tersebut merupakan foto terakhir yang dipercayai diambil sebelum berlakunya pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan.
Lebih mencuri tumpuan, Fattah masih menyatakan rasa sayangnya terhadap Fazura dan Fatima.
Doakan yang baik- baik buat kami. Apa-apa pun jadi Daddy will always love you two. ? #lastpicturetaken @fattzuralovelife
Pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama.
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian itu, mahkamah meminta pasangan selebriti terbabit menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Fattah Amin