Penyanyi Dafi dilihat baru sempat memuat naik ucapan tahniah dan selamat pengantin baru buat kakaknya iaitu Nina Ismail Sabri dan abang iparnya, Hafiz Osman.
Artikel Berkaitan: Jovian Minta Maaf Tak Dapat Hadir Majlis Perkahwinan Bekas Isteri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hanya Sekali Lafaz, Nina Ismail Sabri Sah Jadi Isteri Hafiz Osman
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Dilamar Kawan Baik, Kongsi Momen Bahagia Disarung Cincin – ‘Persahabatan 13 Tahun Kepada Cinta Seumur Hidup’
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Pakai Selempang ‘Bride To Be’, Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat?
Malam yang tak dilupakan
Menurut Dafi, kakaknya sangat cantik pada malam perkahwinan. Sebagai seorang adik, Dafi meluahkan rasa gembira apabila kakaknya kelihatan sangat bahagia.
Selamat pengantin baru, @ninaismailsabri & @hafizosman7! Kakak, you look absolutely gorgeous tonight. Melihat kamu bahagia membuatkan hati saya gembira. Kamu layak menerima yang terbaik, dan saya berdoa semoga semua perkara baik datang dalam hidup kamu. Saya sayang sangat!
Di samping itu, bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelima ini turut menitipkan ucapan khas buat abang iparnya.
Untuk abang ipar baru saya, selamat datang ke dalam keluarga! Bersedia untuk perjalanan yang penuh keceriaan dan keseronokan. Jaga baik-baik satu-satunya kakak kami & @princessmandagie. Kami sangat gembira ada kamu dalam keluarga!
Saya doakan kalian berdua dikurniakan kehidupan yang penuh dengan kasih sayang, tawa, dan kebahagiaan!
Di akhir posting, Dafi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menghadiri majlis perkahwinan kakaknya.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan keluarga yang datang dan meraikan bersama kami. Kehadiran anda semua menjadikan momen ini lebih indah.
Sumber: Dafi