berita

Daftar ASNB Secara Online! Mudah.. Klik, Klik je, Siap Boleh Menang Toyota Vios & Toyota Yaris

February 28th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Melabur dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) merupakan salah satu langkah menyimpan wang yang bijak dengan risiko yang rendah. Untung tau kalau korang menyimpan dalam ASNB, setiap tahun ada dividen untuk dinikmati.

Namun begitu, proses pendaftaran ASNB ni agak renyah. Maka, tak pelik la kalau korang takde masa nak daftar ASNB. Akan tetapi sekarang dah berbeza, korang boleh daftar terus je secara dalam talian. Klik, klik, siap! Mudah, cepat dan pantas.

Buka akaun ASNB secara online… Mudah je!

Jika satu ketika dahulu, nak mendaftar ASNB memerlukan kita ke bank atau cari ejen ASNB, sekarang lebih mudah lagi. Apa yang korang kena buat cuma perlu muat turun aplikasi myASNB dan buat pendaftaran akaun disana dan terus boleh jadi pemegang unit ASNB. Aplikasi ni juga untuk memudahkan lagi urusan korang untuk pantau akaun ASNB korang

Target Labur, capai matlamat kewangan melalui myASNB

Untuk pengetahuan korang semua, baru-baru ini, ASNB dah lancarkan fungsi Target Labur yang korang boleh akses secara online.

Dengan adanya Pendaftaran Akaun ASNB Dalam Talian dan Target Labur korang boleh set tujuan pelaburan. Tak kisah la tujuan korang melabur tu untuk hari tua, nak pergi bercuti, nak beli rumah, nak beli tanah atau nak buat perkara lain, pihak ASNB amat mengalu-alukan pelaburan korang.

Paling penting semua matlamat pelaburan dan transaksi yang berlaku boleh diakses dengan mudah melalui aplikasi mudah alih myASNB.

Dengan adanya fungsi ini,  korang akan sentiasa aware mengenai tujuan pelaburan korang dan ianya akan jadi dorongan untuk korang terus melabur.

Menang Toyota Vios, Toyota Yaris & banyak lagi hadiah menarik bernilai RM 200,000!

Jadi, buat korang pemegang unit diluar sana, jom set matlamat atau target korang sekarang juga. Nanti duit tu boleh la guna untuk apa yang korang dah plan. 

Masih kurang jelas? Korang boleh klik SINI untuk maklumat lanjut.

SKIP THIS AD ×