berita

Dah 10 Tahun Kahwin Baru Merasa ‘Photoshoot’, Pasangan Ini Dedah Pernah Ditipu Jurugambar

April 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Mengabadikan foto perkahwinan sebagai kenangan terindah menjadi impian setiap pasangan yang bergelar raja sehari. Meskipun begitu, tidak semua orang berpeluang berbuat demikian.

Baru-baru ini sepasang suami isteri menjadi perhatian selepas gambar mereka berpakaian pengantin telah tersebar di media sosial. Lebih mengejutkan apabila mengetahui pasangan ini sudah berkahwin selama 10 tahun tetapi baru kali ini berpeluang ‘photoshoot’ bersama-sama.

Dah 10 tahun baru photoshoot

Kisah ini dikongsikan oleh seorang jurugambar professional menerusi beberapa video yang dimuatanaik di TikTok, Ariff Lubis. Dalam video itu, pasangan ini memaklumkan mahu merakamkan semula momen indah itu sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 pada 17 Mac lalu. Bercerita dengan lebih lanjut, pasangan ini memaklumkan ketika mendirikan rumah tangga sedekad lalu, mereka telah ditipu oleh jurugambar.

Difahamkan, jurugambar yang diupah telah membawa lari duit dan langsung tidak memberikan apa-apa foto perkahwinan mereka sehinggalah sekarang. Oleh itu, pasangan ini membuat keputusan untuk mengabadikan kenangan indah tersebut bersama-sama tiga orang anak perempuan mereka. Wah! Seronoknya tengok!

Kena tipu dengan jurugambar

@arifflubisKisah photographer penipu##photography ##superbapak ##fyp? original sound – MITTY ZASIA

@arifflubisReply to @puanpadi ##photography ##superbapak ##fyp? original sound – MITTY ZASIA

Wah cantiknya!

@arifflubisReply to @lindarazib90 tq @itasygsemua ##photography ##superbapak ##fyp? DJ Baby Family Friendly By DJ Opus – DJ Opus

‘Gambar mantap’

Sumber: Ariff Lubis

SKIP THIS AD ×