berita

Dah 10 Tahun Kahwin, Suami Terkilan Isteri ‘Lari’ Dengan 25 Lelaki Berbeza – ‘Fikirkan Anak-Anak, Saya Terima Dia Semula’

September 14th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki mendakwa isterinya telah melarikan diri sebanyak 25 kali bersama lelaki lain. Meskipun begitu, lelaki berkenaan tetap memaafkan perbuatan tersebut dan menerima kembali si isteri dalam kehidupannya.

Isteri lari dengan lelaki lain

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan DNA India, pasangan yang berasal dari India ini telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan sudah hampir 10 tahun mereka hidup bersama. Namun sepanjang tempoh tersebut, wanita yang berusia 40 tahun itu dikatakan kerap berlaku curang. Lebih mengejutkan dia tergamak meninggalkan anak-anaknya sendirian hanya kerana mahu melarikan diri bersama lelaki lain.

Dakwa Mafizuddin lagi, setiap kali isterinya itu pulang ke pangkuan keluarga, dia berkali-kali memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. Tetapi itu hanyalah janji kosong sahaja. Malah si isteri sering memberi alasan kononnya dia keluar daripada rumah kerana pergi melawat saudara mara yang sakit.

Kami ada tiga anak. Memikirkan penjagaan anak-anak, saya terima dia kembali.

Terima kerana fikirkan anak-anak

Sekadar gambar hiasan

Bercerita dengan lebih lanjut, Mafizuddin mendakwa pada 4 September lalu, dia mendapat berita daripada ayahnya bahawa isterinya itu telah melarikan diri dan meninggalkan anak lelaki mereka yang berusia 3 bulan di rumah jiran. Wanita terbabit memberitahu jirannya bahawa dia ingin keluar mencari makanan kambing dan tidak tahu bila akan pulang. Tidak terhenti di situ, dia juga dikatakan telah mengambil sejumlah wang dan beberapa barangan lain dari rumah. Dakwa Mafizuddin, dia sendiri tidak tahu dengan siapakah isterinya itu melarikan diri.

Saya akan menerimanya kerana saya betul-betul mencintainya dan kami juga mempunyai tiga anak kecil. Siapa yang akan menjaga mereka jika saya tidak menerima isteri saya? Saya tidak membuat laporan kepada polis kerana tidak mahu ada masalah dari segi undang-undang dan masalah lain.

Difahamkan, pasangan ini memiliki tiga orang cahaya mata berusia 6 tahun, 3 tahun dan 3 bulan. Menurut jiran tetangga, wanita itu menjalinkan hubungan dengan ramai pemuda di kampung serta melarikan diri dengan kekasih yang berbeza. Namun, setelah beberapa minggu atau beberapa bulan, dia kembali ke pangkuan suami dan keluarga mertuanya.

Sumber: DNA India

SKIP THIS AD ×