berita

Dah 2 Hari ‘Turun Padang’, Ebit Lew Sumbang 1000 Baju & Telekung Kepada Mangsa Banjir

January 5th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia, banyak kawasan dinaiki air sehingga memutuskan jalan utama di beberapa kawasan.

Artikel berkaitan: ‘Saya Mahu Jadi Macam Ustaz’ – Ebit Lew Ajar 7 Sekeluarga Lafaz Syahadah

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew merupakan antara individu yang aktif menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama. Kini, beliau sanggup mengharungi banjir demi membantu mangsa banjir yang terjejas di sekitar Kuala Lipis, Pahang.

 

Sayu dan sebak ziarah kawasan terjejas banjir

Foto: Ebit Lew

Menerusi perkongsian yang dibuat di dalam Facebook rasminya, beliau sudah berada di Kuala Lipis selama dua hari bersama 10 biji kereta pacuan 4×4 dari Kuala Lumpur.

Ebit Lew turut berkongsi perasaan sayu dan sebak ketika menziarahi kawasan yang terjejas akibat banjir terutamanya kawasan sekolah, balai polis, surau, kuil dan rumah-rumah yang tenggelam.

Paling sayu tengok sekolah,balai polis, surau, kuil, kereta, motor, tnb, dan rumah-rumah. Bila tengok semua tenggelam ada yang tinggal bumbung jer. Ya Allah berat ujian orang Pahang kali ini.

Beliau juga sempat melawat dan menghulurkan bantuan di tiga Pusat Pemindahan Banjir sekitar Pahang. Tambah beliau, perjalanan mereka untuk ke Kuala Lipis bukan senang kerana terdapat banyak jalan yang ditutup. Berkat doa dan niat yang baik, perjalanan Ebit Lew dan pasukannya dipermudahkan.

Sampai sini banyak jalan putus. Setiap kali sampai ada lori atau motor dah 24jam tunggu sebab nak undur tak boleh ke depan tak boleh. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami.

Sumbang 1000 baju dan telekung

Foto: Ebit Lew

Ebit Lew seperti biasa tidak akan terlepas pandang untuk memberi sumbangan kepada orang yang memerlukan, menurut perkongsian itu, Ebit Lew menyumbang sebanyak 1000 baju dan 1000 telekung selain daripada makanan dan duit belanja tunai kepada setiap mangsa banjir di kawasan itu.

Kami bawa 1000 Tshirt. 1000 telekung. Makanan dan setiap mangsa banjir saya beri sedikit duit belanja tunai.”

Tambah Ebit, beliau juga sempat ‘mencuri’ masa berjumpa dengan mangsa banjir yang sudah lanjut usia.

Sedih tengok ada nenek tua dah terbaring sakit tua. Baring jer dah tak nampak. Tiada sesiapa dah dalam hidupnya. Orang kampung khidmat untuk nenek tadi.

Semoga dipermudahkan segala urusan

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat terharu dengan perkongsian Ebit Lew kerana tidak jemu membantu dan meringankan beban orang yang memerlukan. Ramai juga yang membanjiri ruangan komen itu dengan memanjatkan doa kepada Ustaz Ebit Lew, pasukannya dan mangsa banjir agar dipermudahkan segala urusan mereka.

Sumber: Ebit Lew.

 

SKIP THIS AD ×