berita

‘Saya Mahu Jadi Macam Ustaz’ – Ebit Lew Ajar 7 Sekeluarga Lafaz Syahadah

December 23rd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Selepas memenangi Anugerah Wira di AME2020 baru-baru ini, Ebit Lew yang terkenal dengan kerajinan membantu golongan yang memerlukan dan sering membuat kerja amal, tampil sekali lagi dengan membantu tujuh sekeluarga memeluk Islam. Pendakwah terkenal itu mengajar tujuh sekeluarga itu mengucap kalimah syahadah di Medan Gopeng, Perak, hari ini.

Artikel berkaitan: Ebit Lew Hulur Sumbangan, Tolong Baiki Kereta Lama ‘Auntie Foodpanda’ Viral

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik di Facebook rasmi beliau, Ebit Lew memaklumkan setiap hari ibu dan anak keluarga itu menonton video pendakwah itu. 

Ingin jadi jutawan supaya boleh bantu orang

Foto: Ustaz Ebit Lew

Segalanya bermula apabila Ebit Lew kunjung ke Perak dan singgah di Medan Gopeng. Susulan itu, beliau terjumpa dengan sekeluarga Cina yang menjual buah di situ. 

Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di fb.  Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang.

Menurutnya lagi, salah seorang anak dalam keluarga itu yang berumur 11 tahun berkata, dia mahu menjadi seperti Ustaz Ebit Lew kerana selalu menolong orang. Ebit Lew turut menyatakan perasaan kagum dan terharu melihat keluarga itu yang rajin meniaga buah-buahan mencari rezeki. 

Hadiahkan 5 buah basikal

Foto: Ustaz Ebit Lew

Selain daripada membantu keluarga itu memeluk islam, Ebit Lew tidak melepaskan peluang untuk menghadiahkan 5 beradik itu basikal kerana mereka sudah lama mengumpul duit untuk membeli basikal. 

Anak ini rajin tengah kumpul duit beli basikal. Saya hadiahkan semuanya basikal. Gembira jumpa keluarga yang sangat baik ini. Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat.

Menerusi perkongsian itu, Ebit Lew turut menyatakan perasaan gembira kerana dapat berjumpa dengan keluarga yang rajin dan sangat baik itu. Tambahnya lagi, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Hafiz Ng dari Jabatan Agama Perak dan Ahli Jawatankuasa Masjid Cina yang membantu keluarga terbabit.

Sumber: Ustaz Ebit Lew.

SKIP THIS AD ×