berita

‘Dah 2 Tahun Menunggu Verified Badge Tu’ – Sharifah Zarina Berang Pelakon Minta Jual IG

January 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Disifatkan sebagai suatu perbuatan yang biadab, pelantun suara lagu ‘Langit Ke Tujuh’ iaitu Sharifah Zarina berang dengan tindakan seorang pelakon baru yang cuba menghina dirinya. Menurut Sharifah, hal tersebut berpunca apabila pelakon itu ingin membeli akaun rasmi Instagram miliknya.

Gila blue tick pun ada

Menerusi Instagram Sharifah Zarina, dia memuat naik bukti screenshot antara dirinya dengan pelakon baru itu. Berdasarkan mesej peribadi yang dihantar, pelakon itu pada asalnya meminta Zarina untuk mengajarnya tentang cara untuk mendapatkan pengesahan (verified badge) dari pihak Instagram. Namun siapa sangka, rupanya pelakon itu menginginkan akaun Instagram milik penyanyi tersebut.

Menunggu dekat 2 tahun

Zaman sekarang. Gila blue tick pun ada. Pelakon baru nak up (diknon tak kenal pun sbrnya) level extra2 DM diknon ingatkan tanya minta ajar macam mana nak dapatkan blue tick. Gigihla cuba screenshot dan ajar dia. Rupa-rupanya last-last suruh diknon tolak ig kat dia. Banyak cantik perangai ko dik. Akak ni pun menunggu dekat nak 2 tahun kut baru dpt verified badge tu tau.

Cara mintak pun adoii mcm ko dah kenal akak ni berpurnama ja. Naiklah kerana bakat sendiri bukan bakat beli ok. Akak tak fofular mana pun dik tak payah lah ko hina cara halus. Apa ko ingat akak ni sengkek naww sampai sanggup nak jual ig. Adoiii.. kerja nak senang tp usaha tak mau. Sabar dik ko muda lagi. Lama lagi bole berkarya dlm industri. So byk lagi masa nak kumpul followers n dpt blue tick tu. Anyway bangga apa sangat dgn blue tick tu?

Yg ratus riban followers pun tak heran benda tu. Akak pun tak heran la blue tick tu sbrnya tp just cuba2 buat. Sedar diri tak fofuler mana. Tp Alhamdulillah rezeki approved lah pulak. Dik ko kena hafal tagline @meloditv3 ‘berdiri atas bakat sendiri’.. satu nasihat akk tulus dari hati ni drpd ko beli ig akak nan hado ni… baik ko spend kat skincare dik. Groom yrself. Jgn selekeh sgt. Malu lah artis kalau selebet. Takut penat ja beli ig org tp followers lari kang. Ok done kat bumi. Nak naik balik ke langit ke 7.

Sumber: Sharifah Zarina

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×