Personaliti masakan terkenal, Cef Zam meluahkan rasa kecewa apabila sebuah stesen televisyen didakwa masih menawarkan bayaran yang rendah untuk menjemputnya sebagai tetamu dalam sebuah program.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Minta Bungkus Nasi Separuh Daripada Pelayan Dibalas Dengan Muka Kerek’ – Cef Zam

Artikel Berkaitan: ‘Tak Sangka Ramai Bacul, Patutlah Ditipu Hidup-Hidup’ – Chef Wan Jijik Tengok Barang Rampasan Rumah Najib

Tawar harga rendah

Cef Zam atau nama penuhnya Zamzani Abdul Wahab, 53, berkata kenyataan yang dikongsinya bukan bertujuan untuk berlagak, sebaliknya menegaskan bayaran yang ditawarkan sudah tidak lagi setimpal dan tidak selaras dengan perkembangan semasa pada tahun ini.

Bukan nak sombong, tapi dah masuk 2025 ni, stesen televisyen masih sanggup tawar RM300 sebagai ‘token’ bagi tetamu jemputan program popular.

Saya tolak dengan baik. Kasihan PM yang ditugaskan menjemput. Serba salah dia jadinya. Kami saling kenal pula tu.

Malah, Cef Zam sempat berseloroh mengatakan tidak wajar untuk menganiayainya memandangkan dia juga sudah lama berkecimpung dalam industri dan usianya juga kini semakin meningkat.

Jangan la macam itu. Saya ini sudah tua, banyak terumbu karang tau.

Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian warganet yang rata-ratanya juga tidak bersetuju dengan tindakan stesen televisyen terbabit.

Sumber: Threads