Perkahwinan pasangan penyanyi Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian dilaporkan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Artikel Berkaitan: Rizky Febian Baru Daftar Nikah Dengan Mahalini – ‘Perkahwinan Kami Sah Cuma Ada Masalah Dokumentasi’
Artikel Berkaitan: Rizky Febian & Mahalini Diarah Hadir Ke Mahkamah 4 November – ‘Mereka Belum Daftar Perkahwinan Selepas Lima Bulan Bernikah’
Pernikahan Mahalini, Rizky tak sah
Menurut jurucakap Mahkamah Agama Jakarta Selatan iaitu H. Suryana, salah satu rukun nikah yang tidak dipenuhi ketika ijab kabul yang berlangsung pada 10 Mei 2024 adalah melibatkan status wali pernikahan.
Selepas Mahalini memeluk Islam, bapa kandungnya tidak boleh bergelar wali kerana tidak beragama Islam. Jadi, bapanya tidak boleh menjadi wali dan dia dikira bukan penjaga yang mempunyai hak.
Mereka dinikahkan oleh seorang ustaz yang bertindak sebagai wali hakim namun wali itu tidak termasuk dalam kriteria iaitu bukan wali nasab atau wali hakim yang sesuai mengikut undang-undang dan rukun nikah di dalam Islam.
Susulan daripada permohonan pengesahan pernikahan ditolak, pasangan itu diminta melangsungkan semula pernikahan mereka bagi memastikan ia sah mengikut hukum syarak dan rukun ijab dan kabul.
Terdahulu, Rizky dan Mahalini telah menghantar permohonan pengesahan pernikahan mereka pada 10 Oktober lalu.
Pada 31 Oktober lalu, pegawai Mahkamah Syariah Jakarta Selatan, Indonesia mendedahkan perkahwinan Rizky dan Mahalini masih belum didaftarkan.
Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian bernikah pada dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta Selatan, Indonesia, pada 10 Mei lalu.
Sumber: Tribunnews