berita

Dah Ada 2 Anak, Janda Kaya Guna Papan Iklan Cari Calon Suami – ‘Saya Betul-Betul Nak Kahwin’

December 5th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang ahli perniagaan wanita yang bergelar jutawan sanggup menyewa satu siri papan iklan gergasi di bandar Ulan-Ude, timur Siberia bagi mempromosikan dirinya semata-mata untuk mencari calon suami.

Janda kaya cari calon suami

Wanita yang dikenali dengan nama Maria Molonova merupakan seorang janda muda anak dua nekad bertindak sedemikian kerana tidak boleh menggunakan aplikasi mencari jodoh. Menerusi papan iklan tersebut, Maria yang berusia 26 tahun itu meletakkan gambar wajahnya yang berkaca mata gelap selain turut memasukkan kod respon pantas (QR).

Selepas mengimbas QR, pengguna akan dibawa ke satu lampiran di mana mereka perlu mengisi soal selidik yang disediakan dan setiap permohonan dikenakan caj sebanyak RM16. Antara beberapa maklumat yang perlu diisi adalah berkaitan diri pemohon seperti nama, status keluarga sama ada pemohon masih bujang atau sudah berkahwin. Tambah Maria, dia akan memilih calon suami mengikut nalurinya dan berdasarkan soal selidik.

Saya betul-betul nak kahwin. Selepas memilih calon, saya akan keluar janji temu untuk mengenali lelaki itu. Sejujurnya  saya belum melihat seseorang yang boleh memikat saya, tetapi saya tidak berputus asa.

Memandangkan saya mempunyai dua anak, saya sangat selektif. Pada usia 26 tahun, saya sudah mempunyai penasihat kewangan sendiri dan aset yang bagus seperti rumah, kereta dan terlibat dengan pelaburan.

Namun Maria tidak memberitahu sama ada dia sudah berjaya menemui calon suami idamannya atau pun tidak.

Sumber: Daily Star, The Sun

SKIP THIS AD ×