berita

Dah Ada Isteri Tapi Selamba Ajak Bekas Kekasih Nikah, Netizen Cakap Nasib Jumpa Gambar Kahwin

January 28th, 2023 | by Shira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi perbualan di WhatsApp bersama bekas teman lelakinya yang selamba mengajaknya ‘get back’ dan berkahwin sedangkan pada ketika itu, lelaki tersebut sudah pun bergelar suami orang.

Ajak bekas teman wanita kahwin

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perbualan tersebut, si lelaki bertanya kepada Mira tentang teman lelaki baharunya namun Mira menjawab dia tiada kekasih. Sebaik sahaja mengetahui perkara itu, lelaki tersebut selamba mengajak Mira kembali ke pangkuannya. Malah dia juga mengajak wanita itu datang  berjumpanya di Kuantan untuk membincangkan mengenai hubungan dan perkahwinan mereka.

Mira yang masih ragu dengan ajakan tersebut kemudian sekali lagi bertanya kepada bekas teman lelakinya adakah benar dia mahu memperisterikan dirinya. Lelaki itu seterusnya memberi respon seakan dia sudah nekad dengan keputusan tersebut.

Namun siapa sangka, seminggu kemudian, segala-galanya terbongkar apabila Mira menerima satu gambar pasangan pengantin dan lebih mengejutkan apabila lelaki dalam gambar tersebut adalah bekas teman lelakinya. Menurut Mira, dia langsung tidak tahu bahawa bekas teman lelakinya itu sudah berkahwin kerana cara lelaki tersebut mengajaknya berjumpa dan mahu membincangkan hal hubungan mereka seolah-olah dirinya masih bujang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan sikap lelaki tersebut yang mengaku bujang sedangkan sudah berkahwin. Mereka berharap para lelaki di luar sana supaya tidak berlaku curang sebaliknya lebih menghargai dan menyayangi isteri.

Perbualan WhatsApp

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×