Menduduki tangga tercorot, penyanyi Illa Sabry mengakui berasa kecewa dengan persembahan, ‘Keranamu Kekasih’ pada minggu pertama Gegarvaganza musim ke-11 (GV11).
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Ajai Kerana Masih Percaya Saya, Walau Sudah Lebih 20 Tahun Tinggalkan Bidang Seni’ – Illa Sabry
Artikel Berkaitan: Demi Berentap Di GV11, Sheila Abdull Terpaksa Berjauhan Dengan Tiga Anak Di Johor – ‘Yang Bongsu Lima Bulan Masih Menyusu’
Kecewa
Illa atau nama sebenar Fasillah Sabry, 45, bagaimanapun berkata, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk berentap walaupun sudah 20 tahun tidak menyanyi di pentas besar.
Saya mengakui persembahan pada minggu pertama agak mengecewakan dan saya sudah dapat agak akan duduki tempat terakhir.
Tetapi, perkara itu tidak langsung patahkan semangat saya. Baru minggu pertama, saya masih sedang menyesuaikan diri dan perlu berjuang.
Pentas GV adalah satu pentas yang agak besar untuk saya selepas 20 tahun tidak menyanyi. Tambahan lagi, lagu Keranamu Kekasih juga sebuah lagu yang susah.
Illa berkongsi mengenai perkara itu di sidang media konsert minggu pertama GV11 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Ahad.
Dalam pada itu, Illa berkata, dia perlu memperbaiki stamina dan vokal selain perlu membiasakan diri menggunakan ‘ear monitor’.
Saya rasa stamina sedikit kurang dan juga penafasan. Saya tidak biasa dengan ‘ear monitor’, zaman dulu nyanyi ‘monitor’ di bawah. Sekarang di telinga. Saya juga baru ambil kelas vokal bersama Afif Tarmizi dan Noryn Aziz.
‘Berhenti menyanyi’
Disoal mengenai tempoh 20 tahun menyepi, Illa menjawab, dia memberi fokus kepada pengajian, keluarga dan perniagaan yang diusahakan.
2001 saya popular dengan lagu OST Gerak-Gerak Khas, kemudian 2003 saya dah mula senyap. Saya fokus dengan pengajian. Saya juga akui dulu takut untuk masuk ke dunia seni.
Habis belajar, saya kerja dan buat bisnes. Jujur saya katakan memang dah berhenti menyanyi, tetapi atas sokongan peminat, saya terima pelawaan untuk masuk GV11.
Untuk buat ‘comeback’ ini pun berat badan saya turun disebabkab terlalu stress. Berat saya sekarang 67kg, dulu 86kg.