Pelakon, Puteri Sarah Liyana akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang menganggu kehidupannya selama ini.
Artikel berkaitan: Netizen Dakwa Ira Kazar ‘Join’ Instagram Live, Puteri Sarah Bagi Respon – ‘Nak Stalk I Ke?’
Maruah saya tercalar selama ini
Menurut Sarah, dia nekad untuk meneruskan saman terhadap pihak ketiga ketika dia sedang menunaikan ibadah umrah pada bulan lalu. Ujar Sarah, sepanjang empat tahun ini rumah tangganya sering diganggu dan maruahnya tercalar berikutan ‘penyondol’.
Benda ni takkan jadi kalau pihak ketiga tu tak cabar saya. Dia kata bila nak saman, suruh peguam kau buat kerja cepat sikit. Jadi kami failkan dua saman.
Tambah Sarah, selama ini dia mempunyai niat untuk mengambil tindakan. Namun, masih berfikir mengenai beberapa perkara.
Masa tu saya masih fikir apa akan jadi dekat saya, keluarga dan perkahwinan kami. Masa tu saya mungkin tak matang juga dan tak nampak hala tuju. Selepas buat solat istikarah dan balik daripada umrah baru saya nampak jalan. Kali ini memang saya buat untuk diri sendiri dan keluarga. Sampai bila nak berdiam. Untuk wanita yang mempunyai masalah seperti saya, saya dah buka jalan untuk korang. Lepas ni siapa nak ambil orang punya, boleh fikir-fikirkan dahulu. Saya nak pesan juga, dah ambil orang punya duduk diam-diam, jangan kacau orang.
Dalam pada itu, peguam yang mewakili Sarah memberitahu bahawa ‘pihak ketiga’ diminta untuk berhenti menganggu anak guamnya di media sosial.
Sumber: Harian Metro