berita

Dah Belanja Lebih RM30k, Hobi Make Up ‘Pelik’ Gadis Kelantan Ini Curi Perhatian, Digelar Barbie

September 26th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Memiliki wajah seiras anak patung Barbie, seorang wanita yang dikenali sebagai Shafieqa Mohd Asri, berjaya mencuri tumpuan netizen di media sosial. Menerusi laporan Astro Awani, wanita berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan ini minat menjiwai watak anime patung tersebut meskipun sudah mempunyai dua orang anak.

Kami kongsikan kisah dan beberapa foto wanita tersebut yang menarik perhatian netizen. Memang lawa korang!

Mengatasi rasa rendah diri dan malu

Menurut Shafieqa, tujuan dia membuat cara mekap ala ‘Barbie’ itu bagi mengatasi rasa rendah diri dan malu dalam dirinya. Tambahnya, selain mekap ala anak patung tersebut, dia turut membuat tutorial cara mekap di Facebook ala pengantin dan bollywood.

Sebab saya suka cuba benda baharu, saya cuba mekap tema Barbie Doll, mumia, vampire dan ‘Naagin’ akhirnya mendapat perhatian penonton di laman sosial. Cuma seperti biasa, ada yang kecam tapi ada juga yang memberikan pujian.

Mengenai pakaian dan aksesori, wanita tersebut memberitahu bahawa dia membeli kesemua barangan itu dari negara China, Thailand dan Korea. Pada masa yang sama, dia turut memberitahu bahawa masa yang diperlukan untuk berdandan sebegitu ialah sejam dan satu setengah jam.

Wow cantiknya!

Macam Barbie tak?

Sumber: Astro Awani, Fykaa Schaa, Wms Photography & MTA Capture

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×