berita

Dah Beli Makanan Sampai Ratusan Ringgit, Sekali Pelanggan Cancel Order

February 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Jika sebelum ini, tular kisah seorang penghantar makanan yang menerima pesanan ‘misteri’ yang membuat pesanan dari kubur Cina. Namun, apabila sampai ke tempat kejadian tidak kelihatan sesiapa pun yang berada di situ. Susulan daripada itu, lelaki itu tampil memberikan nasihat kepada orang ramai dengan tidak melakukan ‘prank order’ yang sekali gus menyusahkan pelbagai pihak.

Artikel Berkaitan: Tahu-Tahu Sampai Kubur Cina! Orang Yang Pesan Makanan Tak Ada Pun..

Terbaru, seorang penghantar makanan dikenali sebagai Anas Mansor, tampil meluahkan rasa kecewa terhadap pelangganya yang ‘mendiamkan’ diri setelah pesanan tersebut telah diambil olehnya. Kisah tersebut diceritakan menerusi satu video di laman TikTok menerusi akaunnya.

Pesanan sampai beratus

Menerusi video tersebut, lelaki ini menceritakan dia mendapat pesanan penghantaran makanan yang berharga RM110 dan pelanggannya ketika itu memilih kaedah membayar secara cash on delivery. Namun, setelah makanan tersebut diambil olehnya pelanggan tersebut bertindak mendiamkan diri dan sama sekali tidak menjawab panggilan dan mesej yang dibuatnya.

Tidak berakhir di situ, pelanggannya yang tidak bertanggungjawab itu juga tidak meletakkan alamat yang betul, ditambah pula keadaan cuaca yang panas ketika itu. Susulan daripada pelanggan itu yang bertindak mendiamkan diri, pihak pengurusannya memaklumkan pesanan tersebut telah dibatalkan dan dia perlu menunggu pesanan yang seterusnya.

Lagi menyedihkan, apabila dia meluahkan rasa kecewa apabila tidak mendapat bayaran yang sepatutnya diteirma olehnya.

Jauh-jauh aku datang dan aku tak dapat payment penuh sebab order tu cancel. Banyak-banyak ni nak buat apa

Pada masa yang sama, dia turut memberikan nasihat kepada orang ramai supaya meletakkan alamat yang betul dan sentiasa memeriksa status pesanan yang telah dibuat.

Tolong tengok status anda!

@anasmansor99Kalau order makanan tu please allert, tgk status makanan tu? ##foryoupage ##foodpandamalaysia? original sound – Pijah Mohamad – Cek Yana

Sumber: Anas Mansor

SKIP THIS AD ×