berita

Tahu-Tahu Sampai Kubur Cina! Orang Yang Pesan Makanan Tak Ada Pun..

February 1st, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Dunia yang serba canggih ini, sangat membantu seseorang itu dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, dengan adanya aplikasi penghantar makanan, seseorang itu hanya boleh pesan makanan yang dikehendaki dan penghantar makanan yang bertugas akan terus hantar makanan tersebut ke pintu depan rumah anda.

Artikel Berkaitan: Gaji Maintain RM10 Ribu Sebulan, Lelaki ‘Pecah Rahsia’ Peroleh Pendapatan Lumayan Jadi Penghantar Makanan

Artikel Berkaitan: Anak Oh Anak! Ibu Terkejut Anak Order Food Panda Sampai RM226, Siap COD Lagi

Artikel Berkaitan: Depan Rumah, Bila Disiasat Ini Sebenarnya Yang Berlaku..

Namun, seperti video dikongsi seorang penghantar makanan dikenali sebagai Abang Panda, di laman TikTok menceritakan nasibnya apabila ditipu oleh pelanggan ‘misteri’.

Lebih misteri lagi, apabila pelanggannya itu meminta supaya dia menghantar makanan tersebut di tempat perkuburan Cina. Bila telefon tak angkat pula, haish seram!

Sekarang siapa yang order?

Menerusi video TikTok itu, lelaki ini menceritakan pengalamannya menghantar makanan yang ditempah oleh seorang pelanggan di tempat perkuburan Cina. Namun, apa yang lebih pelik apabila dia cuba untuk menghubungi pelanggannya itu, namun panggilan tersebut tidak dijawab. Malahan, ketika sampai di tempat tersebut, tidak kelihatan sesiapa pun melainkan hanya kubur yang berada di situ.

Ada orang order, call tak angkat. Memang prank order, location dia bagi dekat kawasan perkuburan Cina. Persoalannya siapa yang order dekat sini? Manalah tahu penggali kubur yang order.

Jelasnya lagi, tindakan pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung menyusahkan ramai pihak dan dia terpaksa membatalkan pesanan itu. Pada masa yang sama, dia juga sempat membayangkan jika pesanan itu diterima pada waktu malam dan dia terpaksa menghantar makanan itu secara bersendirian di tempat yang sunyi.

Prank order memang berlaku, setiap minggu mesti ada rider yang kena. Seseorang rider tu tak tahu pon dia kena prank ke apa unless lepas dia pick up makanan tu. Sebelum buat tu fikir dulu, jangan menyusahkan rider,

Menerusi video kedua, lelaki ini turut menceritakan jika seseorang itu bertindak melakukan prank order perkara itu secara tidak langsung merugikan pelbagai pihak termasuk rider itu sendiri. Malahan, pemilik akaun itu juga boleh disekat dan tidak boleh lagi membuat sebarang pesanan pada masa yang akan datang.

Takkan penggali kubur yang order?

@khuzaimie_lemat3Persoalan siapa yang order?? Nak ikutkan hati memang tai berani tapi terpaksa sebab kerja. ##fyp ##fyp? ##viral? bunyi asal – Abang Panda ?

Kesan prank order

@khuzaimie_lemat3SIAPA YANG TANGGUNG RUGI BILA PRANK ORDER???? bunyi asal – Abang Panda ?

Sumber: Abang Panda

SKIP THIS AD ×