berita

‘Dah Berbincang Untuk Ambil Keputusan…’ – Rossa Sera Tak Mungkin Terima Shuk Kembali

June 29th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Program ‘Meletop’ yang disiarkan semalam, ternyata mengundang sayu buat para penonton selepas kemunculan Rossa Sera iaitu isteri kepada pelawak dan pengacara, Shuk Sahar. Mengulas isu rumah tangga yang dihadapi, Rossa Sera seolah memberi bayangan bahawa hubungannya dengan Shuk sebagai suami isteri bakal berakhir tidak lama lagi.

Rasa sakit dekat diri sendiri

Menerusi temubual bersama Nabil Ahmad dan Uyaina Arshad, Rossa kelihatan sangat sedih ketika menjawab semua pertanyaan yang diajukan kepadanya. Menurut Rossa, sebelum ini dia mampu memaafkan kesemua kesalahan Shuk kerana berfikir mengenai anak-anak. Namun, tidak untuk kali ini.

Saya rasa sakit kali ini sekiranya memaafkan dia. Saya rasa tak bahagia dan macam mana saya nak bahagiakan orang lain kalau saya ada perasaan macam itu. Kami dah berbincang untuk ambil keputusan apa selepas ini. Saya memang akan fokus kepada anak-anak sahaja dan perniagaan. Mengenai kami mungkin cukup sampai di sini.

Tambah Rossa, ibu bapa dan anak-anak merupakan insan yang paling diperlukan ketika ini. Setiap masalah yang terjadi, Rossa memberitahu dia akan menceritakannya kepada kedua orang tua untuk mendapatkan nasihat. Di akhir temubual, Rossa turut menyatakan bahawa dia masih lagi memberi sokongan buat Shuk. Jelas Rossa, dia mahu Shuk melakukan perubahan untuk diri sendiri selepas apa yang berlaku.

Video

@imranimlap #meletop #fyp ? original sound – imran imlap

Sumber: Imran Imlap

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×