berita

Dah Bercerai Tapi Tinggal Sebumbung? Menteri Agama Minta Pihak Berkuasa Agama Panggil DJ Sal & DJ Wong

June 27th, 2022 | by khairil
Isu & Kontroversi

Beberapa bulan lalu, tular kontroversi yang mengejutkan ramai apabila seorang penyampai radio yang dikenali sebagai DJ Wong telah melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya, DJ Sal ketika membuat sesi Live di laman FB.

Artikel Berkaitan: 7 Hari ‘Menghilang’, DJ Wong Cerai Isteri Dengan Talak 3 Ketika FB ‘Live’

Babitkan soal nasab dan keturunan

Foto: Sal Bollywood

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta pihak berkuasa agama negeri memanggil pasangan DJ Wong dan DJ Sal yang mencetuskan kontroversi apabila mendakwa kembali tinggal bersama, walaupun berlaku perceraian antara mereka pada April lalu.

Tambah Idris, pasangan terbabit mungkin menganggap perceraian sebagai perkara biasa berikutan kurang memahami hukum Islam.

Kita hendak kata dia permain agama tak boleh juga kerana mungkin sebab kejahilan mereka anggap benda itu (perceraian) mainan biasa, anggap boleh rujuk begitu sahaja.

Disebabkan itu pihak berkuasa agama perlu panggil mereka kerana ini membabitkan soal nasab dan keturunan.

Beberapa minggu lalu tular di laman media sosial apabila pasangan itu dikatakan kembali bersiaran secara dalam talian di Facebook selepas hampir tiga bulan menyepi.

Lebih mengejutkan, apabila DJ Sal, 47 mendakwa sudah merujuk isu yang timbul kepada ahli keluarga dan bijak pandai agama yang memaklumkan apa dilafazkan suaminya, DJ Wong atau Noor Aziz Johari, 53, sebelum itu sebagai tidak sah.

Kemunculan secara langsung pasangan terbabit menerusi FB ‘Sal Bollywood’ itu menimbulkan pelbagai persoalan. DJ Sal turut mendakwa, ketika kejadian, dia sedang uzur selain suaminya dikatakan berada dalam keadaan tidak waras sehingga memaksa dia melafazkan cerai secara siaran langsung di media sosial.

Boleh lapor kepada pihak berkuasa agama negeri

Foto: Idris Ahmad 

Melihat kepada situasi berkenaan, Idris meminta orang ramai yang bimbang perkara tidak elok berlaku kepada pasangan terbabit membuat laporan kepada pihak berkuasa agama.

Jika berlaku perkara sebegini, orang ramai boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa agama di negeri masing-masing. Apabila ada laporan maka kita boleh ambil tindakan kerana ada ketika pihak berkuasa tidak tahu mengenai sesuatu kes yang berlaku.

Di daerah kita hanya mempunyai seorang kadi sahaja, kita tidak mahu terlepas pandang dan jika kita tahu memang pihak berkuasa agama siasat segera.

April lalu, DJ Wong dilaporkan ‘ghaib’ ketika berada di rumah mereka di Taman Ria Mesra 2 sebelum lelaki berkenaan muncul bersiaran secara langsung melalui FB dan melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya seminggu selepas kehilangannya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×