Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita meluahkan rasa kesal dan terkilan apabila diceraikan si suami hanya kerana lelaki itu mahu berkahwin dengan seorang janda anak satu.
Suami pilih janda
Sekadar gambar hiasan
Menurut hantaran di laman Facebook Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, wanita tersebut yang juga merupakan kliennya diceraikanpada April lalu selepas dia bertanya mengenai seorang wanita yang turut serta dalam percutian suaminya.
Ketika ini, dia alami tekanan melampau sebab diceraikan secara tiba2 selepas dia bertanya mengenai wanita yang ikut serta dalam percutian si suami sebelum itu.
Tak ada pergaduhan, tak ada pekik melolong malah si isteri hanya kirimkan WhatsApp tika mengajukan soalan, tiba-tiba saja bila suami naik semula ke rumah selepas turun ke bawah tatkala menerima panggilan telefon.
Si isteri merayu untuk dirujuk semula namun tidak diendahkan si suami sebaliknya lelaki itu memberitahu dia tidak suka dikongkong. Difahamkan, wanita terbabit menggaji suaminya RM10,000 sebulan hanya untuk memantau keadaan di butik miliknya sekali seminggu.
Suami wanita tersebut memilih untuk berkahwin dengan janda anak seorang. Malah, janda tersebut juga telah berjumpa dengan klien saya. Lelaki itu sanggup menjandakan isteri sendiri dengan empat anak yang sepenuhnya dijaga oleh isteri demi seorang janda dengan anak satu berusia empat tahun.
Suzana sempat menasihati wanita ini supaya reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan kemungkinan apa yang berlaku ini adalah petunjuk bahawa si suami tidak pernah sayangkan isterinya dan hanya mempergunakannya sahaja.
Awak dah manjakan dia melampau sangat-sangat sampai tak kerja dan awak pula bagi kemewahan dekat dia. Allah sayang awak dan sayang anak-anak awak agar anak-anak awak tak ikut sikap awak dan suami awak.
Sumber: Suzana Ghazali