Dalam usaha mendapatkan cahaya mata, pelbagai kaedah yang boleh digunakan pasangan suami isteri. Yang paling penting, pasangan hendaklah berjumpa doktor untuk mengenalpasti masalah dalaman yang dihadapi mereka. Kemudian, dapatkan nasihat pakar mengenai status kesihatan yang harus dijaga.
Namun, rawatan secara tradisional juga turut diamalkan sesetengah pasangan dalam usaha ikhtiar hamil. Seperti yang dikongsi Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin ini, Ustaz Mujahidin Al Banjari membantu pasangan yang ingin zuriat menggunakan kelapa dan beberapa bahan lain.
Bukan disebabkan kelapa bakar, tetapi usaha ikhtiar sahaja
#PetuaKelapaBakar
#Ikhtiarhamil
Dapat video ringkas ini dari salah seorang pesakit saya baru sahaja buat kelapa. Di sini saya nak beritahu bukan kerana sebab Kelapa Bakar ini banyak pesakit saya yang ikhtiar hamil dengan saya berjaya hamil. Ianya hanya sebagai salah satu usaha untuk ikhtiar hamil sahaja.
Kebiasaan pesakit yang datang ikhtiar hamil dengan saya akan saya ajar buat kelapa bakar ini. Sudah bertahun saya gunakan cara ini untuk ikhtiar izin Allah Alhamdulillah ramai yang berjaya hamil. Sebelum buat kelapa bakar ini saya akan rawat pesakit itu terlebih dahulu, saya akan ruqyah Ayat suci Al Quran pada pesakit yang datang berjumpa saya.
Berbagai masalah saya jumpa dalam ikhtiar hamil, ada yang mempunyai masalah cyst, fybriod, endometrosis, PCOS, tiub sumbat, rahim tebal, rahim terbalik, telur tak matang, kitaran haid tak normal, senggugut, angin dalam perut. Manakala lelaki pula mempuyai masalah sperma kurang aktif, kurang bacaan sperma normal.
Bila ada yang serasi di rawat oleh saya izin Allah banyak yang sembuh masalah di atas, banyak yang berjaya hamil. Ada juga yang datang jumpa saya tak berjaya juga. Macam saya katakan semua atas izin Allah. Saya hanya bantu mana yang mampu sahaja selebihnya izin Allah. Ada rezeki pesakit datang hanya sekali bulan depan dah hamil. Ada juga datang 2, 3x baru hamil. Ada juga datang berkali-kali tak juga-juga berjaya semua atas izin Allah. Mana yang berjaya tahniah, mana yang tak berjaya itu namanya belum rezeki lagi.
Soalan pertama, dah jumpa doktor?
Semua pesakit yang datang berjumpa saya, soalan pertama saya dah jumpa doktor?? Kalau belum lagi berjumpa doktor saya akan sarankan mereka dapatkan rawatan doktor juga. Saya sendiri akan nasihat pesakit berjumpa doktor sakit puan pada mereka yang belum berjumpa doktor. Kerana ada masalah rawatan islam tak boleh buat, perlu rawatan doktor. Bila dah jumpa doktor berkali-kali masih sama baru la cuba rawatan islam pula. Sebaiknya keduanya rawatan mesti kita buat dalam ikhtiar hamil. Ada kaedah yang disarankan oleh doktor dengan cara moden yang terbaik salah satu nya buat IUI dan IVF. Banyak kaedah ini pesakit di luar sana berjaya hamil juga. Cuma kos rawatan sahaja yang agak tinggi. Ada juga berkali-kali buat IVF pun jika tiada rezeki, tak hamil juga. Semua atas izin Allah.
Pada pesakit atau di luar sana nak buat sendiri cara ikhtiar kelapa bakar ikhtiar hamil boleh cuba kaedah di bawah
Beli kelapa Muda sebiji, kalau boleh kelapa itu jangan la terlalu besar, apa-apa kelapa pun boleh. Kemudian potong di atas kelapa tersebut seperti di dalam video di atas, ambil serai 3 batang kemudian ketukkan serai tersebut, selesai ketuk masukkan serai tersebut di dalam kelapa tersebut. Selepas itu ambil secubit garam halus masukkan ke dalam kelapa tersebut. Selepas itu ambil 8 biji lada hitam, lada hitam tersebut ditumbuk halus, bila sudah ditumbuk hancur masukkan lada hitam yang telah di tumbuk hancur tersebut ke dalam kelapa. Selesai masuk semua bahan-bahan tersebut.
Letakkan kelapa di atas dapur gas. Bakar selama 20 minit dengan api yang kuat. Tak perlu mendidih. Cukup 20 minit berhenti bakar boleh minum air tersebut. Sebelum minum air kelapa tersebut baca:
Al Fatihah 3x
Bismillah Lima 3x
Selawat 3x
Minum sehari selepas period
Selesai baca di atas terus minum, sebaik nya minum dalam kelapa itu juga gunakan straw. Letak dalam cawan pun boleh tak ada masalah. Isi kelapa bakar tersebut pun boleh makan rugi jika buang.
Minum air kelapa ini sebaiknya buat sehari selepas period.. Kemudian selang 5 hari selepas itu buat lagi kelapa bakar. Buat selang 5 hari sehingga datang period seterusnya. Bila period yang kedua datang terus stop jangan minum air kelapa bakar lagi. Setiap wanita yang selesai period akan melalui fasa waktu subur pula. Semasa waktu subur kerapkan hubungan kelamin. InshaaAllah jika diizinkan Allah di permudahkan anda untuk hamil.
Sekiranya ada gangguan dalam badan anda, selepas minum kelapa bakar anda mengalami sedawa berterusan, kembung perut sebu, rasa dalam perut seperti dihiris-hiris, lepas minum terus muntah, minum air rasa mual payau, nasihat saya dapatkanlah rawatan islam berhampiran kemungkinan anda mengalami gangguan makhluk halus.
Apa pun semua yang saya share di atas hanya adalah sebagai salah satu ikhtiar sahaja. Selebihnya semua atas izin Allah. Pada yang berjaya tahniah lagi sekali mana yang belum berjaya jangan sekali putus asa. InshaaAllah pasti di permudahkan Allah.
Moga perkongsian ringkas ini berguna pada sesiapa pun yang memerlukan. Siapa pernah buat kelapa bakar ini dan siapa pernah terima rawatan dengan boleh kongsikan pengalaman anda di bawah. Agar dapat membantu lebih ramai lagi di luar sana InshaaAllah..
Moga apa yang kita inginkan di permudahkan semuanya oleh Allah Aamiin Ya Allah..
#SilakanShare
#AgarDapatBantuLebihRamaiDiLuarSana
#BukanSebabKelapaBakar
#SemuaAtasIzinAllah
#StayAtHome
#InshaaAllahNantiSyBuatLiVeCaraBuatnya
Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin