Rasanya sudah lama tidak mendengar kisah mengenai pelakon cantik Izreen Azminda. Setelah selamat melahirkan seorang cahaya mata sepastinya memberi sinar kebahagiaan dalam rumah tangga Izreen dan Ude Wahid.
Terbaru, Izreen menerusi Instagram peribadinya mendedahkan screenshot komen netizen yang mendakwa pelakon wanita ini pernah mengeluarkan kenyataan Intan Salleh seolah tidak boleh lupakan bekas suaminya iaitu Ude di IG Live. Ini respon bidas Izreen Azminda terhadap kenyataan dari individu berkenaan.
Jangan sampai jadi batu api
Izreen Azminda turut memuatnaik screenshot tuduhan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya. Kata-kata itu juga disifatkan fitnah dan cuba untuk melagakan kedua pihak antara Izreen dan Intan Salleh.
Tapi Izreen kata Bonda macam tak boleh lupakan Ude masa kat live dia yang lepas.
Kenyataan dari netizen ini telah ditulis pada ruangan komen Live Instagram Intan Salleh, tempoh hari yang mendakwa pelakon wanita itu menyifatkan Intan Salleh masih tidak dapat melupakan bekas suaminya, Ude.
Susulan itu, Izreen menerusi laman Instagramnya telah mendedahkan beberapa mesej peribadi antara dirinya dan individu tersebut yang disifatkan kenyataan itu adalah fitnah semata.
Kalau benci pun jangan sampai nak jadi batu api fitnah benda yang bukan-bukan ye… Awas! Aku tak penah tau nak post-post benda mengarut ni kat IG. Dah berzaman aku kena fitnah selama ni aku diam je. Anak luar nikah la. Mabuk la. Amik dadah la. Benda yang tak TERCAPAI akal aku sendiri kadang-kadang yang diwar-warkan tu. Sudah-sudah la. Semua dah ada kehidupan sendiri. Seronok jadi batu api nak laga-lagakan orang. Jangan cuba-cuba ye. Lepas ni apa-apa better tanya tuan badan dulu kot rasanya. Sebelum sembur apa-apa. Sebab kadang-kadang kita tak tau ada yang sengaja nak laga-lagakan. Terima kasih.
Bila masa saya buat live?
Izreen turut menanyakan kepada individu berkenaan mengenai Instagram Live dimana dia tidak pernah membuat IG Live sejak 2 tahun lalu. Pelakon wanita ini bertegas dan memberi amaran supaya tidak membuat sebarang spekulasi hingga jatuh kepada fitnah.
Saya tak fitnah tapi saya beritahu
Bagaimanapun, individu berkenaan memohon maaf dan mengakui kenyataan itu adalah bukan fitnah tetapi dia diberitahu oleh rakannya mengenai hal demikian.
Sumber: Izreen Azminda