Seperti yang korang semua sedia maklum, sebelum ini waktu operasi Mekdi telah dipendekkan bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerana pandemik Covid-19. Selain waktu operasi, jumlah pelanggan untuk juga telah dihadkan bagi menjaga keselamatan pekerja dan pelanggan.
Namun begitu, sekarang Mekdi dah kembali menerima tetamu ke restoran diorang. Ini bermakna korang dah boleh dapatkan ayam goreng, burger dan ais krim kegemaran korang pada bila-bila masa je!
Makan di Mekdi bersama rakan dan keluarga!
Jika sebelum ini Mekdi hanya menawarkan servis bawa pulang, pandu-lalu dan penghantaran, kini korang dah boleh makan di restoran. Walaupun jumlah pelanggan adalah terhad, tapi korang masih boleh lepak di Mekdi macam dulu-dulu.
Ambil la kesempatan ini untuk luangkan masa dengan kawan dan keluarga sambil menikmati kentang goreng, ayam goreng dan burger kegemaran korang. Akan tetapi korang kena patuhi SOP, jaga jarak dan hanya tanggalkan pelitup muka ketika makan sahaja.
Sentiasa Disanitasi! Keselamatan korang terjaga!
Mengutamakan SOP, Mekdi juga memastikan setiap cawangan restoran diorang disanitasi dari semasa ke semasa untuk menjaga kebersihan restoran. Pekerja juga dikehendaki mengenakan pelitup wajah dan sarung tangan sepanjang masa untuk mengelakkan sebarang sentuhan yang tidak diingini.
Jadi, korang boleh dine-in tanpa rasa bimbang dan pastikan korang juga sentiasa mematuhi SOP yang telah dikeluarkan.
Nikmati makanan kegemaran korang sekarang!
Antara menu yang jadi all time favourite ramai pelanggan mekdi termasuklah burger Spicy Chicken McDeluxe, McChicken, GCB, Quarter Pounder dan ayam goreng McD. Kalau ada mana-mana menu yang min sebut diatas tapi korang tak pernah cuba, better korang cuba sekarang. Serius tak rugi.
Disamping itu, min nak recommend korang cuba set sarapan pagi Mekdi terutama sekali untuk korang yang rushing nak ke pejabat pagi-pagi. Bukan apa, lebih mudah beli terus di Mekdi. Korang tak payah nak kelam kabut masak sarapan pagi-pagi di rumah. Cuba la Sausage Scrambled Egg Sandwich. Ni menu favourite min. Pekena pulak dengan Americano. Memang layan.
Rindu nak makan di Mekdi? Tunggu apa lagi? Jom la ajak kawan, keluarga dan buah hati makan dan lepak dekat sini.
Nak tahu lebih lanjut mengenai promosi terkini Mekdi? Klik je SINI.