berita

Dah Boleh Melancong, Tapi Jangan Lupa Patuhi SOP. Ini 4 Langkah Bila Bercuti Dalam Norma Baharu!

July 6th, 2020 | by Nurul
Sponsored Post

Memandangkan hotel dan tempat-tempat percutian sudah dibenarkan beroperasi, inilah masanya untuk rakyat Malaysia sama-sama membantu memulihkan semula industri pelancongan dan perhotelan yang terjejas teruk selepas COVID-19. Yelah, lebih 3 bulan duduk di rumah, mesti ramai yang dah mula rindu untuk bercuti kan?

Dah rancang ke nak pergi mana tu? Bercuti, bercuti juga, tapi jangan lupa pastikan korang ikut semua Standard of Procedure (SOP) yang ditetapkan okay! Nah, kami kongsikan antara langkah keselamatan ketika bercuti dalam norma baharu ni!

Jangan abaikan keselamatan diri dan keluarga!

Kandungan Hand Sanitizer Bahaya, Boleh Menyebabkan Kecederaan ...

The Asian Parent

Walaupun kita berada dalam fasa PKPP, tak bermakna negara kita dah bebas dari virus COVID-19 tau. Oleh itu, korang jangan ambil mudah dan teruskan menjaga keselamatan diri dengan memakai penutup muka, bawa hand sanitizer ke mana-mana dan cuci tangan selalu.

Tambah-tambah yang bawa anak kecil dan warga emas tu, lagilah kena ambil langkah berjaga-jaga sebab mereka ni golongan yang paling berisiko tinggi untuk terkena penyakit.

Pilih lokasi yang tak padat dengan pengunjung

Haa..perkara ni sangat penting sebelum korang merancang percutian. Walaupun pelbagai kelonggaran telah diberikan, tapi kita semua mestilah mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Elakkan tempat yang sesak, sempit dan bersembang dalam jarak dekat kerana lebih ramai pengunjung dalam satu tempat, lebih tinggi risiko untuk korang terdedah dengan jangkitan COVID-19.

Jaga jarak ketika beratur

Sunway Lagoon Wildlife Park Dibuka Semula Dengan Pengembaraan ...

Bila korang berkunjung ke tempat yang memerlukan korang untuk beratur seperti di kaunter tiket dan tempat membeli makanan, pastikan korang mengamalkan penjarakan sosial iaitu 1 meter.

Kalau ada antara pengunjung yang tak patuh dan duduk terlalu dekat dengan korang, tegurlah dengan berhemah supaya semua orang patuhi SOP yang telah ditetapkan!

Pastikan pekerja dan premis yang korang kunjungi mematuhi SOP

Is Your Hotel Safe From Coronavirus?

Dalam norma baharu ni, semua premis perlu beroperasi dengan SOP yang ditetapkan seperti penjarakan sosial, pengambilan suhu badan pengunjung, pemakaian topeng mulut dan hidung, penggunaan cecair pembasmi kuman serta pengimbasan kod bar aplikasi MySejahtera.

Jadi, pastikan setiap premis yang korang kunjungi wajib patuhi semua perkara ni. Kalau tak, korang boleh laporkan pada pihak berkuasa tau!

Masih bimbang dengan keselamatan ketika bercuti? Di Sunway City Kuala Lumpur, tak perlu risau kerana..

Sunway Clio Hotel @ Sunway Pyramid, Kuala Lumpur, Malaysia ...

Kalau korang nak tahu, Sunway City Kuala Lumpur sangat mengutamakan kebersihan dan keselamatan pengunjung dengan memastikan semua premis di bawahnya, termasuk Sunway Pyramid Mall, Sunway Lagoon, Sunway Pyramid Hotel dan premis Sunway lain agar terus mengamalkan protokol dan polisi keselamatan selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Yang lebih menarik, Sunway City Kuala Lumpur juga mempunyai lebih daripada 5000 CCTV serta menyediakan hampir 900 polis tambahan dan pengawal keselamatan dalam memastikan keselamatan tempat ini sepanjang waktu.

Antara langkah-langkah keselamatan yang dijalankan oleh Sunway City Kuala Lumpur adalah:

    • Sunway Malls melaksanakan 82 langkah keselamatan, termasuklah penjarakan sosial dengan pemeriksaan berkala, pendidikan dan latihan holistik untuk semua staf dan penyewa, membersihkan butang lift dan pemegang pintu setiap 45 minit, memperkenalkan stesen ‘Pesan and Ambil’ yang terletak di luar pusat membeli-belah dan lain-lain lagi
    • Taman Tema Sunway Lagoon dan Lost World Of Tambun juga meningkatkan langkah berjaga-jaga dengan mewajibkan kakitangan untuk mengisi borang pengisytiharan diri digital, pengambilan suhu, memakai topeng muka setiap masa, menyediakan ruang pembasmi kuman sebelum memasuki taman tema, pembelian tiket online,  ujian air yang dilakukan secara berkala dan pelbagai lagi.
    • Sunway Resorts & Hotel, Sunway City Kuala Lumpur pula telah menerapkan program “Sunway Safe Stay” yang memfokuskan kepada peningkatan amalan pembersihan hotel, interaksi sosial dan protokol tempat kerja untuk mencegah penyebaran COVID-19.

Eh, dengar cerita Sunway ada tawarkan pakej percutian yang menarik. Jom bawa seisi keluarga bercuti ke sini!

3D2N “Ke Sana Ke Sini Ke Sunway” Stay, Play and Shop Package ONLY ...

Berita baik untuk korang, sebagai usaha untuk meningkatkan pelancongan domestik, Sunway menawarkan pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway yang sangat menarik bermula 6 hingga 20 Julai 2020 ini! Pakej ini boleh ditebus dari 7 Julai hingga 31 Oktober 2020 tau.

Pakej yang bernilai RM499 ini termasuk:

Penginapan selama 2 malam di Sunway Pyramid Hotel untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak

Tiket percuma ke Sunway Lagoon untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak

Baucer kejutan bernilai RM200 untuk ditebus di Sunway Pyramid Mall

Untuk pengetahuan korang, nilai asal pakej ni berjumlah RM1,599 tau. Wow, memang jimat dan berbaloi-baloi!

Jadi, apa tunggu lagi? Jom rebut tawaran hebat ni dan bawa satu keluarga nikmati keseronokan tanpa rasa gusar di Sunway City Kuala Lumpur. Jumpa korang di sana!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Sunway City Kuala Lumpur.

SKIP THIS AD ×