berita

Dah Bosan Asyik Makan Kuih Je Untuk Snek Minum Petang? Nah, Cuba Resepi Ini!

April 9th, 2018 | by Shafika
MyResipi

Resepi masakan sentiasa berkembang seiring dengan perubahan gaya hidup manusia yang selalunya mempunyai keinginan untuk merasai perbezaan dalam kehidupan. Mencuba resepi masakan daripada pelbagai pelosok dunia bukanlah sesuatu yang pelik pada masa kini. Ada segelintir masyarakat kini yang masih gemar untuk menyediakan menu minum petang yang terdiri daripada masakan tradisional, namun tak kurang juga mereka yang sukakan gaya masakan berbeza setiap hari.

Jadi, hari ini admin akan kongsikan beberapa idea resepi bagi snek minum petang yang mudah disediakan dan pastinya boleh mencipta kelainan dalam menu korang!

1. Coney dog ala A&W

Ha, jangan takut dengar nama menu ini kerana ia hanyalah variasi roti sosej dengan beberapa tambahan bahan lain seperti sayur, sos, bawang dan lain-lain. Dah la mudah disediakan, sedap pula tu!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/coney-dog-mcm-a-w

2. Roti telur hancur

Biasanya kita dengar telur hancur dibuat untuk sarapan pagi kan? tapi jangan tak tahu, telur hancur juga enak apabila dimakan bersama roti. Ringkas dan sangat jimat dari segi kos dan masa.

Resepi penuh; http://myresipi.com/recipes/roti-telur-hancur

3. Kebab kambing

Kebab bermaksud pelbagai masakan daging panggang dan berasal daripada kawasan asia tengah, asia selatan, dan beberapa bahagian di Afrika Selatan. Selain kambing, korang juga boleh tukarkan intinya dengan daging lain mengikut citarasa sendiri. Selamat mencuba!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kebab-kambing

4. Roti pita ayam

Roti pita dan kebab mempunyai inti yang hampir sama iaitu pelbagai jenis daging sama ada dipanggang mahu pun digoreng bersama minyak yang sedikit. Namun ia berbeza sedikit pada bahagian roti luarnya yang mana roti pita ini lebih gebu teksturnya.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/roti-pita-ayam

5. Mexican chicken taquitos

Resepi ini pula berasal daripada Sepanyol dan ia sebenarnya merupakan sejenis Taco dalam versi yang lebih kecil. Rasa rangup dari kulit yang dibuat daripada roti tortilla ini enak apabila digabung bersama inti ayam. Cubalah, pasti nak lagi!

 

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/mexican-chicken-taquitos

Sumber: MyResipi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×