Memandangkan hari ini merupakan hari ke-5 umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti ada di antara korang yang berasa bosan untuk makan kuih raya. Betul tak? Oleh itu, apa kata korang cuba resepi Pretzel ala Auntie Anne’s ni. Bukan setakat mudah, sedap pula tu!
Bahan-bahan yang diperlukan
- 2 cawan susu segar
- 1 1/2 sudu besar yis
- 6 sudu besar gula perang
- 4 sudu besar mentega (lembut pada suhu bilik)
- 4 1/2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil garam halus
- 1/3 cawan baking soda
- 3 cawan air suam
- 1/4 cawan garam kasar
- 8 sudu besar mentega (dicairkan)
Cara penyediaan
https://www.facebook.com/echot.aisyah/videos/pcb.3294258837564076/3184115144953409/?type=3&theater&ifg=1
-
- Suamkan susu dengan microwave atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)
- Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.
- Masukkan mentega dan gula.
- Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.
- Uli dengan mixer dan dough hook, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.
- Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.
- Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.
- Preheat oven ke 230ºC.
- Bahagi doh kepada 12 bahagian.
- Uli supaya doh memanjang.
- Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.
- Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper.
- Renjis dengan garam kasar.
- Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.
- Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.
- Sedap dihidangkan dengan dipping sos: Sos Karamel, sos Coklat, serbuk kayu manis bergula, sos butterscotch, garlic cream cheese dan sebagainya.
Selamat mencuba!
Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid