Pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ogy mengakui kini sedang menantikan hari bahagia apabila dikatakan bakal melangsungkan majlis istimewa.
‘Pinangan diterima’
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, pelakon senior berusia 60 tahun itu memberitahu sudah dirisik dan dipinang malah dia juga sudah menerima pinangan tersebut. Bukan itu sahaja, Kak Ogy mengakui tidak sabar menunggu majlis yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.
Pada mulanya dirisik, kemudiannya masuk meminang. Pinangan diterima. Majlis minggu depan, tak sabarnya kita.
Sementara di Instagram, Kak Ogy turut memuat naik hantaran yang sama berserta kapsyen yang menggambarkan perasaan bahagianya menanti detik yang ditunggu-tunggu selama ini.
Berdebar-debar hatinya. Selepas sekian lama, akhirnya. Alhamdulillah.
Meskipun tidak memberitahu secara terperinci mengenai majlis tersebut namun rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Kak Ogy. Mereka mendoakan yang terbaik buat Kak Ogy selain berharap agar segala urusannya dipermudahkan.
Komen netizen dan respon Kak Ogy
Sumber: Facebook Fauziah Ahmad Daud