berita

Dah Dua Tahun Tunang, Baru Tahu Pasangan Kecelaruan Alat Kelamin

August 13th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Khunza

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Mesir membuat pendedahan tentang status jantina sebenar tunangnya.

Artikel Berkaitan:[VIDEO] Menangis Dihina, Kait Arwah Ibu Bapanya, Netizen Minta Lucinta Sabar.- “Bang Kena Kuat Semangat”

Setelah dua tahun bertunang

Memetik laporan Samaa TV, lelaki berkenaan mendedahkan bahawa tunangnya itu memiliki kedua-dua jenis sifat fizikal lelaki dan perempuan atau lebih difahami dengan panggilan khunsa. Dakwa lelaki ini lagi, dia juga sudah memaklumkan kepada keluarga mertuanya tetapi mereka berpendapat dengan melakukan pembedahan akan menyelesaikan masalah tersebut.

Walaupun sudah berunding dengan pakar perubatan, namun isu itu tidak dapat diselesaikan. Disebabkan itu, lelaki ini meminta untuk berpisah secara baik. Pada awalnya, permintaan tersebut ditentang keras oleh keluarga pihak wanita. Namun, akhirnya mereka bersetuju dengan menetapkan syarat bahawa wang hantaran tidak akan dipulangkan semula.

Sedia buat pemeriksa, tunjuk bukti

Menurut lelaki tersebut, tunangnya pernah menceritakan bahawa dia membesar sebagai kanak-kanak lelaki sehingga mencecah sembilan tahun. Setelah ibu bapanya mengetahui anak mereka memiliki ciri dominan perempuan, keluarganya memutuskan untuk menukar nama lelaki kepada wanita.

Walau bagaimanapun, wanita tersebut menafikan dakwaan tunangnya dengan menjelaskan dia pernah menjalani pembedahan bagi memulihkan kecacatan alat kelamin. Dia juga bersedia untuk menjalani pemeriksa bagi membuktikan jantinanya.

Dakwa wanita ini tuduhan yang dilemparkan oleh lelaki tersebut bertujuan untuk memburukkan nama keluarganya malah dia mendakwa pernah keguguran kerana dikasari oleh lelaki tersebut.

Sumber: Samaa

SKIP THIS AD ×