Penyanyi, Aufahanie tiba di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah selepas penemuan mayat abangnya, arwah Nidza Afham yang hilang selepas keluar joging pada malam Selasa.
Artikel Berkaitan: Bomba Jumpa Mayat Lelaki Di Sekitar Jambatan Sungai Klang
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Terserempak Abang Aufahanie Berjogging Sebelum Hilang – ‘Dia Pakai Baju Jersi Hitam Tulis Nama Apam’
Artikel Berkaitan: Abang Aufahanie Dilaporkan Hilang Selepas Keluar Joging – ‘Amm Kau Dekat Mana?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keluarga Laung Azan Di Kawasan Nidza Afham Hilang – ‘Ikhtiar, Balik Lah’
Tak tahu nak cakap macam mana
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Nur Aufahanie Mokhtar seakan hilang kata-kata sewaktu ditanya mengenai penerimaannya dan ahli keluarga sewaktu mendapat berita mengenai kematian arwah abangnya itu.
Tak tahulah nak cakap macam mana, Allahuakhbar.
Menurut Aufahanie, dia dan ahli keluarganya juga tidak tenang memikirkan keberadaan abangnya sejak dilaporkan hilang.
Dah habis air mata, dari semalam tak tidur…makan pun tak.
Aufahanie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Hospital Shah Alam pada malam Rabu.
Ketika ditanya bilakah kali terakhir berkomunikasi, pelantun lagu ‘Geming Jiwa’ ini memaklumkan bahawa dia sangat rapat dengan arwah Nidza.
Saya begitu rapat dengan arwah abang. Dalam tujuh orang adik-beradik kami, dia (arwah) nombor lima, saya nombor enam dan boleh dikatakan saya paling rapat dengan dia.
Terdahulu, Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti joging di Stadium Klang.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aufahanie turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang.
Sekitar jam 7 malam hari ini, pihak bomba melaporkan telah menemui mayat seorang lelaki di sekitar jambatan Sungai Klang.
Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.