berita

Dah Hadiri Kursus Kahwin, Syafiq Kyle, Mimi Lana Nikah Tahun Ini – ‘Menangis Banyak Juga Berhabis’

January 18th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon kacak, Syafiq Kyle berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini bersama kekasih hati yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Mimi Lana.

Artikel Berkaitan: ‘Cukup Jaja Kisah Kahwin, Utamakan Karier Lakonan’ – Syafiq Kyle

Syafiq, Mimi kahwin tahun ini

Berkongsi mengenai persiapan perkahwinan, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak memaklumkan dia dan Mimi baru sahaja menghadiri kursus kahwin namun pasangan ini belum dapat berkongsi tarikh bahagia mereka memandangkan persiapan masih dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Namun apa yang boleh dikatakan Syafiq, majlis perkahwinannya bakal berlangsung tahun ini.

Ya, saya sudah menghadiri kursus kahwin bersama Mimi. Malah, ada yang memuat naik gambar ‘selfie’ ketika kami sama-sama menjalani kursus berkenaan.

Alhamdulilllah, satu persatu langkah kita sudah lakukan. ‘Menangis’ banyak juga berhabis, tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita.

Bercerita dengan lebih lanjut, Syafiq akui dia kini memfokuskan untuk menyelesaikan perkara wajib dahulu seperti kursus kahwin, dari segi pendafataran dan sebagainya.

Apa yang saya lihat, biasalah perempuan akan lebih terperinci soal persiapannya. Dia lebih kepada hal yang cantik-cantik, baju, pemilihan kain dan sebagainya.

Syafiq memberitahu setakat ini, semuanya berjalan dengan lancar dan berharap agar urusan perkahwinan mereka dipermudahkan.

Sumber: Media Hiburan

SKIP THIS AD ×