Aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani Helmi kini sedang menunggu panggilan untuk berangkat ke Palestin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi Menangis Laung ‘Palestine Tunggu Kami Datang’ , Harap Ada Keaijaban Boleh Masuk Gaza
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi & Hazwani Helmi Terangkan Mengapa Israel Rebut Tanah Pales***
‘Dia macam one way tiket, kita pun tak tahu’
Ketika ditemui OhBulan!, Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Binti Helmi berkata, dia dan Hazwani telah menghantar beberapa dokumen penting termasuk pasport untuk proses permohonan ke Gaza. Namun sehingga kini, mereka berdua masih belum menerima khabar mengenai perkara tersebut.
Apabila ditanya mengenai persiapan sebelum ke Palestin, kedua-dua beradik yang digelar ‘The Helmis’ ini berkata, mereka menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Tetapi apa yang boleh dilakukan mereka sekarang adalah, persediaan dari segi amalan.
Terus-terang cakap, persediaan kali ini kalau dapat dipanggil ke Palestine, kami serahkan kepada Allah SWT. Persiapan tu lebih kepada amalan kita, sebab kita tak tahu. Pergi boleh tapi balik tu Wallahu ‘alam. Dia macam one way tiket, kita pun tak tahu.
Tambah Heliza, tujuan mereka ke sana secara tidak langsung untuk membuka mata orang ramai terutamanya anak muda tentang kebenaran yang dilalui saudara seislam di Palestin.
Membawa hati dan tanggungjawab untuk rakyat Malaysia dan dunia, sekali kami pergi ke sana kita memang nak bawa kisah cerita sebenar kerana nak bagi faham anak-anak muda zaman Gen Z dan masyarakat tentang isu Palestin. Sebenarnya benda ini sangat berat. Jadi, Gen Z ni boleh menjadi penyampai ke generasi akan datang.
Sekadar info, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi sudah tidak asing lagi dalam misi kemanusiaan dan aktiviti kesukarelawanan di Malaysia mahupun luar negara malah mereka juga pernah memperjuangkan isu ummah di Gaza dan Syria.