Kita hanya mampu merancang tetapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Sebelum ini, seorang ibu yang dikenali dengan nama Siti Nurzaharah atau lebih mesra dengan panggilan Zara ada berkongsi di Facebook mengenai kisah kehamilan anak ketujuhnya meskipun pada ketika itu dia telah melakukan prosedur Bilateral Tubal Ligation(BTL) atau ‘ikat peranakan’.
Terasa ada ‘benda’ bergerak dalam perut
Menurut Zara, selepas kelahiran zuriat keenam iaitu Dayyan Hadief pada 30 Ogos 2021, dia telah melakukan prosedur BTL atau ikat peranakan. Namun beberapa bulan selepas itu, Zara mengalami sakit perut. Pada awalnya dia tidak mengesyaki apa-apa dan menganggap sakit itu kemungkinan disebabkan kesan pembedahan atau BTL tetapi siapa sangka, kesakitannya itu berpanjangan sehinggalah dia merasa ada sesuatu yang bergerak di dalam perutnya.
Dalam hati ni langsung lah tak terfikir pasal pregnant sebabnya dah ikat kan tapi hati ni tak sedap, takut benda yang tidak-tidak je sampai dah mula fikir unsur mistik. Ada tanya doktor & doktor cakap mungkin masalah usus dan mungkin juga mgandung luar rahim tapi sangat rare lah jadi macam tu. Memandangkan kite ni memang kerja dekat postnatal wad, so Zara cerita dekat doktor & doktor decide nak buat 1 scan.
Lebih mengejutkan hasil imbasan mendapati Zara sebenarnya berbadan dua dan usia kandungannya sudah mencecah empat bulan, dua minggu iaitu hampir enam bulan. Zara akui pada ketika itu, pemikirannya bercelaru memandangkan anaknya baru berusia 11 bulan dan luka pembedahan juga masih belum pulih sepenuhnya malah dirinya pula bakal melahirkan zuriat ketujuh pada November 2022.
Meraung dekat wad, drama kat wad tadi. Tak tahu sedih sebab apa, terkejut? Trauma czer? Teruja? tak tahu. Ikutkan due hujung bulan 11 ni. Korang doakan Zara ya. Berat mikir, tang mane ko berenang nak oiiii. Apa pun ceritanya cuma Allah yang tahu. Kita tunggu pakar kata apa yaa. Maka bermula la episod buku pink untuk mama semula.
Menerusi perkongsian terbaharu, Zara sudah selamat melahirkan zuriat ketujuhnya yang diberi nama Muhammad Ilman Mikhail pada 9 November lalu melalui kaedah pembedahan.
Sumber: Nur Zarra